Friday, April 6, 2012

MUZIUM TENTERA DARAT

MUZIUM TENTERA DARAT
Merakam Sejarah Pahlawan
Oleh: Mejar Ramli Abdul Rahim (B)

MUZIUM TENTERA DARAT menempatkan paparan sejarah perjuangan dan kepahlawanan Negara yang bermula sejak Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pada 1511 dan perjuangan wirawan bangsa yang mengmipikan sebuah negara yang merdeka kini menjadi tarikan pengunjung daripada dalam dan luar negeri yang terletak di Gerisen Port Dickson Negeri Sembilan.

Muzium ini kini menjadi tarikan pelancung dan para pengkaji sejarah ketenteraan daripada kalangan tentera dan orang awam yang berminat untuk mengetahui dengan lebih dekat sejarah perjuangan yang dipamerkan melalui artifak yang bernilai sejarah sebagai testimoni komitmen tentera dalam mewarnai sejarah perjuangan tanah air.

Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Yang Ketujuh  telah  merasmikan  Muzium Tentera Darat  pada 28 Jun 2005  dan sejak tarikh tersebut muzium ini telah menjadi tarikan pelancong ke Negeri Sembilan apatah apabila Port Dickson diisytiharkan sebagai Bandar Tentera.

Pemilihan lokasi tapak Muzium Tentera  Darat memang sesuai kerana di Gerisen Port Dickson bermulanya sejarah Rejimen Askar Melayu Diraja yang yang pertama ditubuhkan pada 1 Mac 1933 dan Kumpulan Askar Melayu Percubaan seramai 25 orang itu dilatih di Port Dickson.

Sebagi tempat yang nostalgik bagi seluruh Tentera Darat (TD) yang pernah mendapat latihan rekrut  di lokasi berkenaan, penempatan Muzium Tentera Darat memang cukup ideal dan ia boleh menarik para pelancong sama ada  orang awam atau bekas tentera atau yang masih berkhidmat untuk menghayati perjuangan tentera di Negara ini.

Apa yang dipamerkan di muzium ini bukan sahaja menjurus kepada sejarah ketenteraan yang dipelopori oleh TD tetapi ia turut mengajak kembali para pengunjung untuk mengimbau kembali sejarah Negara yang telah dijajah sejak Portugis, Belanda British dan Jepun  di Tanah Melayu.

Mengunjungi Muzium Tentera Darat kita diajak mengembara ke zaman lima abad yang lalu  melalui diorama dan artifak yang dipamerkan merentasi sejarah kegemilangan kesultanan Melaka, zaman penjajahan dan zaman perjuangan pahlawan Melayu yang mempunyai kesedaran erti sebuah kemerdekaan.

Diorama zaman kesultanan Melaka sungguh menarik justeru era tersebut diwakili oleh kegagahan Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi sementara era pra-Portugis itu dipaparkan dengan persekitaran yang cukup indah menonjolkan Melaka sebagai pelabuhan entreport.

Senjata-senjata Portuigis yang dipamerkan di muzium ini menggambarkan kekuatan Portugis yang lengkap dan dengan mudah menghadapi hulubalang-hulubalang Melayu yang hanya besenjatakan tombak, keris dan lembing yang tentunya jauh lebih hebat daripada tentera yang mengawal Melaka.

Replika Kota Farmosa didirikan sebagai satu artifak segmen zaman Portugis menguasai Melaka dan  ia sungguh menarik sesuai dengan konsep pamrean muzium iaitu perjalan melalu masa (journey through time – timeline) bagi menghayati sejarah Melayu sejarah Parameswara menemui Melaka pada 1409.

Kekuatan Armada Portugis yang menyerang Melaka digambarkan begitu realtistik denagn kesan adunan bunyi dan pandangan  pelayaran di laut melalui dentuman meriam dan suara pahlawan-pahlawan yang bersemangat dalam peperangan sebuah pertembungan antara penjajah dan manusia yang akan terjajah.


Kehadiran Belanda menggantikan Portugis seolah-olah bumi Melayu ini begitu mudah dijadikan percaturan penjajah barat dan British mula mendonimasi Tanah Melayu apabila ia ditukarkan dengan Batavia pada Ogos 1814.


Sejarah perjuangan pahlawan Melayu yang dipelopori oleh Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Mat Salleh turut menghiasi ruang pameran dengan arka figura yang jika tidak disebut akan lupus daripada diari ingatan generasi moden yang mungkin tidak prihatin dengan perjuangan dan jasa pahlawan silam.

Pembunuhan J.W.W. Birch oleh Raja Abdullah pada 1 November 18875 di Pasir Salak  turut ditonjolkan di muzium ini sebagai manifestasi rasa tidak senang dan darah patriotik di kalangan pembesar Melayu justeru campur tangan British di Tanah Melayu.

Pengaruh British semakin mencengkam politik Tanah Melayu dengan penubuhan Negeri-Negeri Selat (the Straits Settlement) pada 1877 dan Negeri-Negeri Melayu Bersektu (Federated Malay States) pada 1885.

Penubuhan Sarawak Rangers yang mendahului Askar Melayu pada penghujung abad  ke 19 turut  diberi ruang dengan diorama yang menunjukkan jasa Sarawak Rangers semasa di bawah pentadbiran British.


Sejarah Rejimen Askar Melayu Diraja yang menjadi elemen petama dalam TD diberi sentuhan menarik dengan replika dan gambar-gambar awal penubuhan Pasukan percubaan seramai 25 orang yang menjadi nukleas tentera daripada kalangan anak Melayu.

Perang Dunia Kedua yang melahirkan wirawan Lt Adnan Saidi yang berjuang bermati-matin di Bukit Chandu Singapura digambarkan dengan kelincahan Adan dan Askar Melayu yang terlibat dalam perang dan gugur sebagai wira dua Negara.

Replika kubur Lt Adnan dipamerkan sebagai mercu tanda sebuah perjuangan adalah simbol yang sengaja dibina kerana kubur Lt Adnan masih belum ditemui hingga hari ini sama ada di Singapura atau di Malaysia di tanah tempat tumpah darahnya.

Segmen komitmen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di arena global yang bertugas di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mempamerkan kenderaan tentera yang pernah di gunakan di lokasi yang bergolak seperi Congo, Somalia, Bosnia-Hezergovina turut dipamerkan untuk tarikan pelancong.

Peristiwa serang komunis di Keroh yang mengorbankan anggota keselamatan ditonjolkan dengan mempamerkan Armoured Pesonnel Vehicle (APV) yang menerima tembakan komunis bertubi-tubi semasa era insurgensi kedua dan ia adalah sejarah hitam Negara.

Kebangkitan komunis kedua adalah kesinambungan daripada Zaman Darurat Malaya 1948-1960 yang bercita-cita untuk berkuasa di negara ini melalu jalan kekerasan dengan menumpahkan darah turut diutarakan muzium dengan gambar-gambar keganasan komunis sepanjang era tersebut.

Muzium Tentera Darat turut menjadi tarikan pengunjung orang-orang kenamaan dalam dan luara negeri seperti lawatan yang telah dibuat oleh Raja Muda Perlis, Perdana Menteri Kazakhstan dan yang terbaru daripa wakil kerajaan British yang menerima peralatan pesawat Dakota yang terhempas semasa Perang Dunia  Kedua yang dikutip oleh anggota muzium.


Menurut Timbalan Pengarah Muzium Tentera Darat Lt Kol Mohd Shukri bin Mohd Ghazali  muzium dibuka percuma untuk kunjungan pelancong  atau pelawat dan sehingga 2007 telah mencatatkan 500,000 pelawat daripada dalam dan luar negeri telah datang untuk menghayati sejarah ketenteraan di Negara ini.

No comments:

Post a Comment