Saturday, March 31, 2012

MELAHIRKAN JURUTERBANG JET PEJUANG

MELAHIRKAN JURUTERBANG PEJUANG
Oleh Mejar Ramli Abdul Rahim (B)
Pesawat pejuang dan juruterbang yang menerbangkannya adalah pahlawan udara dan ini disaksikan semasa peperangan udara mula di perkenalkan dalam Perang Dunia Pertama di Eropah pada 1914 dan di daerah konflik sepanjang zaman baik di Timur Tengah, Korea, Vietnam, Falkland dan Republik Balkan.
Perang Dunia Kedua menyaksikan bagaimana Britain menjadi sasaran angkatan udara Jerman  dan “Battle of Britain” merupakan medan pertempuran udara yang paling sengit menyaksikan juruterbang pejuang kedua pihak yang berperang untuk memusnahkan pesawat antara satu sama lain.
Angkatan udara Jepun yang terkenal dengan juruterbang Kamikaze beraksi di medan Pasifik dengan serangan ke atas Pearl Harbour dan angkatan laut British dikecewakan dengan serangan Jepun yang menenggelamkan kapal Prince of Walse dan Repulse di Laut Cina Selatan semasa Perang Pasifik sedang memuncak.
Pesawat pejuang direka untuk memusnahkan seteru dan menguasai kekuatan udara di medan konflik dan pesawat yang mempunyai kekuatan (superiority) akan digeruni musuh dan ia menjadi aspirasi dan faktor yang diambil kira oleh pereka pesawat berkenaan.
Kejayaan dalam pertarungan udara (Air Combat) semasa Perang Dunia  Pertama dan Kedua terletak kepada sikap agresif juruterbang pejuang yang menggunakan pesawat sebagai platform senjata dengan berkesan dan mengalahkan lawan.
Setelah hampir satu abad berlalu, kini pesawat pejuang dilengkapi dengan sistem persenjataan yang canggih dengan menggunakan peluru berpandu yang dilancarkan daripada pesawat dengan konsep “fire and forget” sebab peluru berpandu yang dilancarkan itu akan mencari sasarannya sendiri.
Apabila peluru berpandu telah diarahkan kepada sasaran maka ia akan mencari sasaran yang telah diset oleh juruterang dan apa yang diperlu dibuat oleh juruterbang hanyalah menekan butang  senjata dan selepas itu segala gerakan senjata adalah secara automatik.
Dengan perkembangan persenjataan yang berubah tersebut  keperluan memahami dan mengendalikan sistem persenjataan elektronik dengan berkesan menjadi keutamaan untuk melahirkan juruterbang pejuang dalam zaman yang serba mencabar.

Calon juruterbang pejuang sudah semestinya telah menjalani latihan asas penerbangan dan mendapat sayap penerbangan dan mempunyai kecenderungan untuk menerbangkan pesawat yang pantas dan berbeza dengan pesawat penumpang yang terbang “straight and level” sahaja.
Kehandalan untuk bertarung di udara menjadi kurang penting justeru taktik peperangan udara hanya akan diaplikasikan apabila musuh bisa mengelak peluru berpandu yang telah dilancarkan ‘beyond visual range’ maka pada masa itulah juruterbang pejuang akan berhadapan dengan musuh sama ada satu lawan satu atau lebih pesawat musuh.
Dalam pertarungan ketat (Close Combat) pesawat pejuang mutakhir kebanyakannya mempunyai kuasa enjin yang melebihi berat badan dan sistem control dan persenjataan berkomputer yang dapat digerakkan untuk membuat pelbagai ‘maneavoure’ bagi menghadapi musuh.
Kecanggihan teknologi pesawat dapat mengimbangkan kelemahan kehandalan juruterbang yang mengendalikan pesawat dan jika mereka dilatih untuk menghadapi
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mula didedahkan dengan operasi pesawat pejuang  pada 1967 apabila ia dilengkapkan dengan pesawat Tebuan yang dibeli daripada Canada dan pada 1969 TUDM telah  dihadiahkan pesawat Sabre oleh kerajaan Australia untuk menubuh skuadron pertahanan udara.
TUDM menjadi angkatan udara pertama di rantau Asia Tenggara yang dilengkapkan dengan pesawat pejuang supersonik dengan pembelian pesawat F-5E daripada Amerika Syarikat pada tahun 1975.
Dengan kehadiran pesawat pejuang di dalam inventori TUDM, latihan ditumpukan untuk melahirkan juruterbang pejuang yang mahir dengan taktik pertarungan udara dan serangan udara ke bumi dengan menggunakan pesawat pejuang.
Kemahiran dan ketangkasan dalam taktik amat penting kepada juruterbang pejuang kerana ia adalaah pra-syarat  untuk menguasai pesawat sebagai platform senjata dan juga penilaian individu dan ia adalah satu keserasian antara manusia dan mesin.
Juruterbang pejuang TUDM dilatih untuk mengendalikan pesawat ke peringkat yang maksimum bagi melaksanakan tugasan mengikut fungsi skuadron seperti taktik serangan, pertahanan dan tinjauan dari udara.
Juruterbang didedahkan dengan latihan sesama sendiri dan tentera negara asing seperti dengan Thailand untuk latihan “Air Combat: dengan menggunakan fasilitas Air Combat Maneauvering Instrumentation (ACMI) untuk memberi susana pertempuran yang realistik.
Selain daripada latihan teori dan penerbangan, aspek lain yang ditekankan untuk melahirkan juruterbang pejuang ialah mencernakan sikap pejuang dengan membentuk sikap mental dan kerelaan diri untuk berjuang dan semangat patriotik demi negara yang menjadi objek untuk dipertahankan.
Satu ciri asas yang dibina sebagai falsafah juruterbang pejuang ialah kamahuan untuk menjadi juruterbang kerana tanpa kemahuan daripada diri juruterbang itu sendiri maka matlamat untuk berkerja dalam satu kumpulan tidak akan tercapai kerana peperangan bukan satu kerja perseorangan.
Elemen kedua adalah dispilin diri kerana tanpa disiplin segala tugasan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan dan juruterbang pejaung mestilah menghadapi sesuatu cabaran musuh dengan tenang   dan mengikut arahan ketua felait penerbangan sesuatu misi.
Elemen ketiga yang perlu dicernakan dalam minda juruterbang pejuang ialah ketagih untuk menang  kerana itu merupakan rempah ratus pejuang di medan perang yang bergerak daripada satu daerah eprang kepada daerah perang yang lain.
Era pesawat pejuang menyaksikan pelbagai perkembangan seperti “ Very High Speed Integrated Circuitry “ (VHSIC), ‘Head-Up Display (HUD), sistem “Forward Looking Infrared” (FLIR), “Low Attitude Navigation and Targeting Infrared for Night” (LANTIRN) adalah sinonim dengan peralatan pesawat pejuang moden.
TUDM sendiri yang pada awal usianya bergantung dengan pesawat pejuang blok barat, ia telah memunyai aset persenjataan daripada negara bekas Soviet yang mengimbangi variasi pesawat pejuang dalam inventori.
Untuk melahirkan juruterbang pesawat pejuang ia adalah satu proses yang berkesinambungan kerana terdapat perbezaan di antara juruterbang yang menerbangkan pesawat pejuang dan juruterbang pesawat pejuang itu sendiri.

No comments:

Post a Comment