MUKADIMAH
PEGAWAI TENTERA
KENANGAN
DI SEBATANG KARAH
Oleh:
Mejar Ramli Abdul Rahim (B)
Sejarah institusi latihan bagi melatih pegawai tentera
bermula pada 1952 sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dengan penubuan
Federation Military College (Maktab
Tentera Persekutuan) di Port Dickson Negeri Sembilan yang dikhususkan untuk
melatih pegawai Tentera Darat (TD).
Ia dianggap sebagai Akademi Sandhurst untuk Tanah Melayu
dan ia diperintah oleh pegawai Tentera British dan jurulatihnya juga terdiri
daripada pegawai dan anggota Tentera British yang berkhdimat di Tanah Melayu
pada ketika itu.
Komandan
Maktab Tentera Persekutuan yang pertama
ialah Lt Col J Mahoney iaitu daripada tahun 1953 sehingga 1955 dan jawatan
tersebut dipegang oleh pegawai tentera British sehingga 1966 apabila ia diambil alih oleh anak tempatan iaitu oleh
Kol Abdul Jamil bin Ahmad yang memegang jawatan berkenaan daripada 1967 hingga 1968.
Pada 20 Jun
1961, Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata
Malaya telah merasmikan kompleks baru dewan yang megambisempena Pesuruhjaya
Tinggi Field Marshal Sir Gerald Templer di Sungai Besi setelah berpinda
daripada Port Dickson.
Pada 9 Disember 1966 dalam satu majlis yang
diadakan di Maktab Tentera di Sungai Besi , Yang di-Pertuan Agong telah
menganugerahkan gelaran ‘Diaraja” kepada FMC dan ini merupakan satu
penghormatan besar bagi kolej untuk instusi pendidikan lain dalam sejarah
negara yang mempunyai gelaran ‘Diraja” yang dikruniakan ke atasnya dan sejak
1966 Maktab Tentera Persekutuan dikenali sebagai Maktab Tentera Diraja.
Maktab Tentera Persektuan bertukar nama dengan
pembentukan Malaysia dan apabila ia mendapat gelaran Diraja ia dinamakan Maktab
Tentera Diraja dan maktab ini menggabungkan Pre-officer Cadet Training Unit (Pre-OCTU) dan pelajar putera
yang mengikut pelajaran akademik dan sebahagian besarnya memasuki perkhdimatan
tentera.
Bagi pegawai-pegawai Tentera Darat dan Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM) yang pernah dilatih sebagai pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja sekitar 1970 hingga
awal 1980an tidak akan melupakan latihan mukadimah untuk menjadi pegawai kadet
yang dilaksanakan di Kem Sebatang Karah
Port Dickson kira-kira 16 kilometer daripada Bandar Port Dickson.
Latihan selama 4 bulan sebelum menjalani latihan pegawai
kadet di Maktab Tentera Diraja dilaskanakan sebagai persiapan latihan sebenar
dengan persiapan mental dan fizkikal yang sungguh mencabar akan menjadi
nostalgia hatta setelah mereka meninggalkan dunia tentera.
Kem Sebatang Karah telah wujud dalam awal tahun 60an dan
digunakan untuk perbincangan rahsia pegawai-pegawai tinggi tentera menyusun
strategi untuk menghadapi ancaman Konfrantasi yang diisytiharkan oleh Presiden
Soekarno ekoran penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Selama beberapa
tahun kemudian Kem Sebatang Karah telah dijadikan sebagai tempat untuk melatih
pasukan Komando dan ia dilengkapkan dengan peralatan dan kemudahan tanah lasak
dengan kawasan merentas halangan bagi menambah daya kekuatan fizikal komando
sebelum latihan tersebut berpindanh ke Kem Sungai Udang di Melaka.
Mendengar bunyi Kem Sebatang Karah sahaja sudah menaikkan
bulu roma dan nama itu akan menjadi igauan ngeri kepada Bakal Pegawai Kadet
(BPK) yang semuanya adalah remaja yang baru menamatkan persekolahan dan baru
akan didedahkan kepada latihan ketenteraan sebelum mengikuti latihan Pegawai
Kadet di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi.
Bagi BPK melalui sahaja kawasan kawad berduri kem sudah
merangsang antara bimbang, ragu, dan tidak pasti apakah memasuki tentera untuk
menjadi pegawai adalah satu pilihan yang tepat apatah lagi apabila melihat
menara junam maut yang boleh di lihat daripada tepi jalan yang menyambungkan
Bandar Port Dickson dengan Bandar lain sepanjang pantai.
BPK yang biasanya sampai dengan keretapi Seremban akan
diambil dengan trak askar dan dibawa ke Kem Sebatang Karah untuk menjalani
latiahn selama empat bulan di PRE-OCTU sebagai mukadimah untuk menjadi seorang
pegawai tentera dan lokasi berkenaan dijadikan pusat melatih bakal pegawai TD
dan TUDM.
Apa yang akan menjadi mangsa kepada remaja yang telah
dipilih untuk menjadi BPK adalah rambut mereka akan digunting stail GI (Tentera
Amerika) botak licin dan itu merupakan agenda pertama untuk mengkondisikan
remaja awam untuk menjalani kehidupan sebagai anggota tentera yang berdisplin.
Pakaian latihan tentera seperti topi hutan, beret,
uniform, baju hujan, but askar, but hutan, kiwi kasut, berus aksut, beg askar,
tuala mandi, tali pinggang hutan, pinggan, pisau, mangkuk, sudu, garpu, kelambu
semua akan diberikan kepada BPK.
Hari pertama BPK mendapat pengalaman baru dengan hidangan
nasi kawah dan apa yang dihidangkan oleh tentera kepada setiap pelatih yang
menjalani latihan ketenteraan akan menjadi kenangan sepanjang hayat kerana itu
akan menjadi rutin sepanjang perkhdimatan sekiranya terlibat di dalam operasi
ketenteraan.
Hari kedua adalah hari merasakan manisnya menjadi BPK
setelah mendapat taklimat dan keperluan yang ada bagi setiap BPK, tidur pada
hari malam kedua menjadi tidak nyenyak kerana pada keesokan harinya tika
matahari belum timbul lagi, BPK akan berbaris untuk membuat latihan jasmani
dengan rutin berlari sejauh 5 kilometer.
Sampai di kem BPK akan dihidangkan dengan pelbagai item
merentas halangan seperti merangak di bawah kawad berduri, meniri jambatan mini
gantung, merentasi tembok 8 kaki, melompat kolam beracun dan sebagainya.
Modul pertama untuk menjadi tentera adalah latihan di
padang kawad kerana ia adalah manifestasi tentera yang berdisplin dengan
mendengar arahan jurulatih kawad sebagai mukadimah kesetiaan kepada ketua
apabila berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) nanti.
Sebatang Karah ada pencerna pemikiran dan kekuatan
fizikal untuk menjadikan manusia awam menengarungui kehidupan di dalam tentera
yang mempunyai budaya kerja yang berbeza dengan kakitangan awam kerana mereka
nantinya akan tertakuluk kepada undang-undang awam dan juga undang-undang
tentera.
Kini Kem Sebatang Karah dijadikan pusat latihan Armor dan
terdapat ura-aura untuk dijadikan kampus cawangan Universiti Pertahanan
Nasional dan bekas temnpat latihan komando dan BPK terus menjadi minat untuk
kunjungi oleh bekas pegawai tentera dan mereka yang masih berkhidmat untuk
mengimbau kembali saat-saat mereka
menjalani latihan ketenteraan yang tidak secara langsung menjadikan mereka
menjadi manusia kental.
Bagi bekas pegawai TD Mejar Abu Kassim Jadi (Bersara)
yang mendapat latihan di Seabatang Karah
menyatakan bahawa pusat latihan tersebut yang pernah wujud pada 1970
hingga awal 80an telah memberi kesan terhadap dirinya kerana ia member ikekuatan
fizikal dan kekuatan dalam untuk mengharungi hidup bukan sahaja semasa dalam
tentera tetapi setelah bersara.
Nama jurulatih pendidikan jasmani (Physical Training
Instructor -PTI) seperti Mudzerin Rebu dan nama jurulatih kawad seperti Sarjan
Yusof Senawi akan sentiasa menjadi kenangan dan sebutan terutamanya apabila diadakam
majlis pertemuan Intake masing-masing.
Bagi bekas jurterbang Nuri TUDM Kapoten Shariff Abass
pula bagainya pengalaman di SebatangKarah adalah fasa kehidupan yang tidak
dapat dilupakannya kerana itu satu kitaran hidup yang merubah kehidupannya daripda
seorang awam kepada seorang tentera dan dierkenalkan dengan penggunaan senjata.
Kini Kem Sebatang Karah tidak lagi wujud namun bagi BPK
yang pernah mendapat latihan di situ dan seterusnya ditaulaiahkan sebagai
peagwai di Maktab Tentera Diraja, ia adalah rempah ratus kehidupan yang mansi
dan pahit yang mematangkan jati diri dan akan terus men jadi nostalgia sepanjang
hayat.
Those were the days in 1970 when I started my training to be a military guy that chnged my life style since then.
ReplyDeleteMemori yang tidak akan dilupai. Terima kasih Tuan Hj Ramli.
ReplyDeleteKenangan
ReplyDeleteSebatang Karah satu nama yang nostalgia dan menggamit kenangan pahit dan manis. Side roll dan fwd roll tetap menjadi kenangan.
ReplyDeleteSatu Pusat Latihan Asas ketenteraan bg membentuk sahsiah jati diri di dlm tentera & menjadikan seorang insan yg teguh mental & fizikal dlm mengharungi kehidupan. Walaupun latihan tentera dr Julai 83 hingga Ogos 84 amat sukar namun semuanya amat bermakna utk kehidupan. Kenangan latihan manis & pahit sukar dilupakan sehingga ke akhir hayat. Sebatang Karah nama yg sinonim dgn seksaan latihan yg dilalui sebatang kara. Terima kasih byk2 semua jurulatih & staf sepanjang tempoh berkenaan & Sebatang Karah nama mu tersemat di hati selamanya.
ReplyDeleteFirst day sampai..disambut spt pengantin baru tiba..
ReplyDeleteLepas angkat sumpah.. baru tahu langit dan bumi sama tinggi... Tapi awas 'bobby trap' tepi pantai, buat mereka yg di Segenting, The Jebat..
Nostalgia...