MISI ZAMAN KONFRANTASI DART HERALD KE WILAYAH INDONESIA
Oleh: Mejar Ramli Abdul Rahim (Bersara)
1963-1966 adalah zaman Konfrantasi yang dilancanrkan oleh Indonesia ekoran penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 yang tidak disenangi kepimpian Presiden Soekarno yang menanggapi kewujudan Malaysia adalah satu bentuk baru neo-kolonialisme yang ditaja oleh British di Tanah Melayu.
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indoensia telah terputus dan Indonesia melancarkan pelbagai serangan di Sabah dan Sarawak dan telah menggugurkan tenteranya di Pontian dan tenteranya turut menyusup melalui jalan laut. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang pada era tersebuat tidak dilengkapkan dengan pesawat pejuang maka tanggungjawab pertahanan negara pada masa itu terletak di bahu Tentera Udara Diraja British – Royal Air Force (RAF) yang menempatkan ketumbukan pesawat pejuang di Singapura iaitu di RAF Seletar, RAF Changi , RAF Sembawang dan RAF Paya Lebar.
Tentera Udara Diraja Australia – Royal Australian Air Force (RAAF) yang telah meletakkan pesawatnya di pangkalan udara Butterworth sejak sebelum Perang Dunia Kedua turut terlibat dengan pertahanan udara Malaysia semasa zaman Konfrantasi dengan membuat detasmen pesawat Sabre di Labuan. Tentera Udara Diraja New Zealand – Royal New Zealand Air Force (RNZAF) juga turut menempatkan pesawatnya di RAF Kuching dan pesawatnya juga beroperasi daripada RAF Changi di Singapura.
Perdana Menteri Tngku Abdul Rahman pada ketika itu berkata Malaysia tidak akan menjatuhkan bom di wilayah Indonesia tetapi ia akan menggugurkan risalah perang saraf untuk menerangkan kepada rakyat Indonesia bahawa Malaysia tidak berhasrat untuk berperang dengan Indonesia.
Salah satu risalah yang digugurkan adalah gambar sekumpulan tentera Indonesia yang telah digugurkan di Labis yang diketuai oleh Lt Sotekno dan dia merayu agar misi mengganyang Malaysia yang dilancarkan oleh pemerintah Jakarta ditamatkan. Salah seorang juruterbang RAF yang dipinjamkan kepada TUDM untuk melaksanakan operasi pengguguran risalah di wilayah Indonesia iaitu Squadron Leader Norman Rose yang mengetuai skuadron yang mengendaliikan pesawat pengangkut Dart Herald menceritakan pengalamannya menjalankan misi semasa zaman Konfrantasi sedang memuncak.
Norman tahu sesuatu sedang berlaku dan dirancang untuk misi rahsia pada 11 April 1965 dan dia dan anak kapal pesawat Dart Herald telah diberi arahan untuk menerima taklimat di Bilik Gerakan pada jam 6 petang di pangkalan Sungai Besi. Daripada maklumat yang didengar satu operasi pengguguran rislah akan dilakukan oleh pesawat TUDM di wilayah Indonesia dan pesawat Dart Herald ditugaskan untuk terbang jauh ke wilayah Indonesia manakala pesawat Tawin Pioneer akan beroperasi di kawasan yang yang dekat dengan wilayah Malaysia. Norman telah diberi taklimat untuk terbang di ruang udara Pulau Berakit di Timur Laut Pulau Bintan dan beliau akan terbang bersama Flying Officer Brian Love dan dibantu oleh AQM Sarjan Mustapha (bersara sebagai Mejar).
Mereka telah biasa terbang bersama dan Syed telah biasa berkerja dengan kakitangan Army Despatch yang biasa mengendalikan kargo yang akan dikeluarkan daripada pesawat dalam setiap misi bersama mereka.
Laporan perisikan yang diterima terdapat kira-kira dua hingga tiga ribu tentera Indonesia yang dilatih di Pulau Berakit bersedia untuk menyerang Malaysia dan Norman dan anak kapal pesawat Dart Herald harus bersedia menghadapi sebarang kemunginan untuk terbang di kawasan musuh pada malam yang disinari bulan terang benderang.
Mereka meninggalkan lapangan terbang Sungai Besi pada jam 1.00 pagi 12 April 1965 dan terbang ke Sinapura melalui laluan antarabangsa dan telah menghantar pelan penerbangan (Flight Plan) ke Changi dan membuat panggilan radio seperti biasa.
Syed menunjukkan tumpukan risalah yang akan digugurkan kepada Norman dan kemudian dia membuat ILS Approach untuk mendarat di lapangan terbang Changi dan kemudiah menukar radio kepada saluran menara kawalan dan apabila pesawat berada pada posisi untuk mendarat Norman menolak throttle penuh untuk meneruskan penerbangan.
Semua lampu pesawat dipadamkan dan mereka berpura-pura di radio sedang berada di landasan Changi walhal mereka telah terbang lagi untuk ke destinasi di wilayah Indonesia dan mereka membuat transmisi palsu itu kerana bimbang pergerakan pesawat Dart Herald itu dipantau oleh pihak Indonesia.
Dengan keadaan pesawat yang gelap gelita dan tiada lagi panggilan radio, Norman menerbangkan pesawat pada ketingian 250 kaki daripada paras laut untuk mengelakkan jangkauan radar Indonesia menuju rumah api Hosburgh dan berpusing dan merendahkankan pesawat pada ketinggian 100 kaki daripada paras laut.
Penerbangan yang begitu rendah itu memang cukup merbahaya kerana adalah sukar untuk mengagak jarak ketingian walaupun disinari cahaya bulan dan mereka tidak dilengkapkan denga paying terjun kecuali Mae West. Norman kemudiannya menuju ke tanah daratan wilayah Indonesia dan memberi arahan kepada Syed agar bersedia untuk menggugurkan risalah di wilayah Indonesia sebaik saja menerima arahan lampu hijau daripadanya.
Mereka sebenarnya telah diberi amaran sebelum terbang bahawa kemungkinan mereka akan berhadapan dengan meriam penangkis kapal terbang tentera Indonesia dan mereka perlu berhati-hati semasa melaksanakan misi di ruang angkasa Indonesia. Selepas menggugurkan risalah yang menjadi amanah misi di bumi Indonesia, Norman terbang melalui hujung Pulau Berakit menuju Horsburgh dan melihat kilatan api datang ke arahnya dari bawah, atas dan belakang pesawat dan Norman menyedari pihak Indonesia telah mengesan kehadirannya dan itu adalah tembakan meriam penangkis kapal terbang tentera Indonesia.
Norman terus mengambil tindakan pantas menjunam untuk berada seberapa rendah yang boleh daripada permukaan laut untuk mengelakkan tembakan yang diarahkan oleh tentera Indonesia kepada pesawat Dart Herlad yang dipoandunya menuju Hosrburgh.
Mereka telah ditembak selama 2 minit dan mereka menyaksikan peluru tracer di kiri kanan mereka datang bertalu-talu dan penerbangan tersebut sungguh mencabar dan mereka merasa lega kerana tidak ada peluru meriam Indonesia yang mengenai mereka.
Mereka terus terbang rendah di atas Pengerang di Selatan Johor dan menuju Changi dan sebelum mendarat mereka memasng semula semua lampu pesawat dan mendarat dengan selamat di RAF Changi. Herald FM-1027 mendarat dengan selamat setelah misi di ruang udara Indonesia dan ia akan menjadi kenangan juruterbangnya yang telah lama pulang ke tanahairnya di London termasuk Syed Mustapha di Malaysia.
No comments:
Post a Comment