Saturday, April 14, 2012

KL-LONDON

BEKAS JURUTERBANG HERCULES TUDM
KEMBARA DI DARAT KL-LONDON
Oleh : Mejar Ramli Abdul Rahim (B)

Kegigihan seorang bekas juruterbang psawat Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya mengetuai ekspedisi bermotor melalui jalan darat daripada Kuala Lumpur ke London selama 62 hari daripada 1 Julai hingga 31 Ogos 2010 melalui 18 buah Negara sejauh 20,941 kilometer.

Kapten Azizi Hashim yang pernah berkhidmat sebagai juruterbang TUDM bersama tiga peserta ekspedisi iaitu Saiful Haizan Hasan, Chua Chern Kwang dan Maxwell Ripin telah merealisasikan ekspedisi KL-London sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia pada 2010.

Hasrat untuk melakukaan kembara melalui jalan darat dicetuskan oleh Kapten Azizi, ketua Ekspedisi Malaysia Merdeka (EM1M) sekitar 2007 dan 2008 apabila beliau berpeluang untuk terbang daripada Cina Timur ke Eropah dan di kawasan sekitar Scandanavia mellalui Asia Tengah.

Selama 18 tahun minatnya kepada aktiviti kembara bermotor terus membara iaitu sejak beliau menjadi juruterbang TUDM selama 13 tahun dan seterusnya minatnya tidak pernah kunjung padam walaupun beliau sentiasa sibuk menjalankan tugas sebagai juruterbang pesawat awam dan rutinnya masih sama sejak di dalam dunia tentera.
Selama setahun Kapten Azizi begitu serius mencari maklumat yang bersangkut paut dengan dunia permotoran antarabangsa terutamanya mengenai negara-nagara yang telah diimpikan bakal dilaluinya sebagai persiapan awal termasuk termasuk membeli 10 peta melalui internet.

Pada Jun 2009 semasa bertugas di Beijing Kapten Azizi menyatakan impiannya kepada Saiful Haizan dan Chua Chern Kwang tentang hasratnya untuk membuat ekspedisi ke Asia Tengah tetapi Saiful memberikan saranan agar perjalanan diteruskan ke London di samping membawa konsep Satu Malaysia .

Persiapan untuk merealisasikan kembara KL-London dibuat dengan pemilihan peserta dan kertas kerja dan perancangan yang rapi kerana banyak birokrasi yang perlu dihadapi untuk melalui 18 buah Negara yang berlainan budaya dan cara hidup dan dengan sentuhan profesioanl kertas kerja Ekspedisi Merdeka Malaysia telah disiapkan pada Oktober 2009.

Permohonan Kapten Azizi untuk bercuti daripada Transmile Group Berhad adalah langkah pertama untuk beliau dan peserta ekspedisi meneruskan rancangan ke London melalui jalan darat dan banyak pihak yang telah memberikan sokongan terhadap rancangan mereka yang secara tidak langsung akan menaikkan imej Negara di peta dunia.

Motorsikal yang digunakan untuk ekspedisi KL-London ialah daripada jenis Kawasaki Versys 650 dan segala peralatan logistik seperti alat ganti semuanya diagihkan sama rata kepada penunggang kerana mereka tidak diiringi kenderaan lain kecuali 4 buah motorsikal yang terlibat dalam ekspedisi berkenaan.

Item utama yang perlu diusahakan dalam perancangan ekspedisi ialah berurusan dengan Wisma Putra kerana ia melibatkan urusan dengan semua kedutaan Negara-negara yang akan dilalui oleh ekspedisi dan Saiful telah ditugaskan untuk menyatakan perancangan pasukan kepada Wisma Putra.
Respons yang diberikan oleh semua kedutaan Malaysia di luar Negara cukup memberangsangkan dan semua maklumat mengenai keperluan dokumentasi dan peraturan ekspedisi bermotor di Negara-negara yang akan dilalui telah didapati melalui pertolongan Setiausaha Bahagian Konsulat di Wisma Putra.
Surat untuk mendapatkan visa yang dikeluarkan oleh Wima Putra memudahkan ekspedisi mendapatkan kebenaran untuk melalui Negara masing-masing seperti Cina, Uzbekistan, Kazkhstan, Turkmenistan, Iran dan lain-lain.
Untuk mengelakkan kesulitan sekiranya lesen memandu Malaysia tidak diiktiraf selain daripada Negara-negara Commonwealth, peserta ekspedisi telah mengambil Lesen Memandu Antarabangsa Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Pemilihan untuk laluan perjalanan KL-London telah dibuat oleh Kapten Azizi yang mempunyai 13 tahun pengalaman menerbangkan pesawat Hecules TUDM dan 7 tahun menerbangkan pesawat awam cuma kali ini ekspedisi melalui jalan darat dan perancangan yang rapi perlu dibuat kerana ia berbeza dengan penerbangan di udara.
Saat yang bersejarah bermula apabila pada 1 Julai 2010 bermulalah episod kembara KL-London dengan laluan pertma Bangi- Patthalung (Thailand) dan ekspedisi dilepaskan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu upacara yang bersejarah bagi empat kembara Malaysia.

Selepas Thailand ekspedisi meredah Negara Cina yang luas dan mengikut pengamatan Kapten Azizi di mana-mana sahaja belaiu menyaksikan iklim ekonomi Cina yang pesat membangun apatah lagi dengan jumlah penduduk yang mencecah 1 bilion ia akan menjadi kuasa ekonomi yang menjadi saingan gergasi ekonomi sepeti Jepun dan Negara Barat yang telah lama maju.
Kembara ini menjadi iktibar di samping melihat keindahan alam di setiap bumi ciptaan Tuhan dan ia juga sebagai misi Negara bagi menaikkan imej Negara di persada antarabangsa dan ekspedisi turut merakamkan penghargaan kepada pihak yang telah memberikan sokongan dalam bentuk material untuk menjayakan misi yang mengambil masa dua bulan di perantauan.

Laluan yang diambil sepanjang misi adalah Bangi- Pathhhalung (Thailand), Retchaburi, Chiang Khong, Mengla. Moijiang (Cina), Kunming, Panzhihua, Mianning, Danba, Hongyuan, Hezuozhen, Xining, Linze, Yuemn, Hami, Turpan, Urumqi, Jinghe, Korgos, Saryozek (Kazakhstan), Almaty, Taraz, Shymkent, Tashkent (Uzbekistan), Samarkand,Bayramaly (Turkmensitan), Ashgabat, Quchan (Iran), Gorgan dan Tehran.

Misi diteruskan ke Tabriz, Dogubeyazit (Turki), Kelkit, Amasya, Ankara, Istanbul, kazanlak (Bulgaria), Kazanlak, Bucharest (Romania), Cluj Napoca, Budpest (Hungary), Vienna (Austria), Sain Velt, Cortina D’Ampezzo (Itali), Dongo, Bern (Switzerland), Munich (Jeman), Saarbrucken, Reims (Perancis) dan London (United Kingdom).

Tepat pada 31 Ogos 2010 Ekspedisi Mereka Malaysia tiba di London dan disambut oleh kakitangan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London di Malaysia House dan mereka dilayan sebagai tetamu kehormat kerana melakarkan nama Malaysia di peta dunia sempena sambutan kemerdekaan Negara yang ke-53.

Itulah hari yang bersejarah bagi Kapten Azizi Hashim, Saiful Haizan Hasan, Chua Chern Kwang dan Maxwell Ripin satu kombinasi rakyat Malaysia yang harmoni berada di destinasi terakhir ekspedisi dan mereka dikelilingi warga Malaysia yang turut bangga dengan kerjayaan misi KL-London.

Sebagai acara formal sebagai menandakan tamat misi Merdeka Malaysia KL-London ekspedisi berlepas daripada Lancaster sepanjang 20 kilometer ke Malaysia House dan mereka disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London Datuk Zakaria Sulong.

Dengan penuh bersemangat pasukan ekspedisi menyanyikan lagu Negaraku dan Jalur Gemilang bergema di kawasan perumahan elit di London menandakan tamatnya misi Merdeka Malaysia dan ia akan menjadi catatan sejarah kembara yang telah dijayakan oleh anak Malaysia.

Pengalaman Kapten Azizi Hashim semasa di dalam perkhdimatan TUDM sungguh memberikan manfaat untuk melalui sebarang cabaran dan ketabahan yang dilalui semasa berada dalam dunia tentera turut dikongsi teman ekspedisi untuk menjadikan misi Kl-London sebuah realiti.

Ia adalah kebanggaan negara dan TUDM dan semua yang menyumbangkan semangat untuk mengharumkan Negara berbangga dengan kejayaan mereka.

2 comments:

  1. Jutaan terimakasih kepada Maj Hj Ramli Abd Rahim.
    Catatan dan penglaman terperinci kami boleh didapati di www.em1m.shakespot.net

    ReplyDelete