Tuesday, February 21, 2012

TLDM BERMULA DI WOODLANDS SINGAPURA


TLDM BERMULA DI WOODLANDS SINGAPURA
Oleh: Mejar Ramli Abdul Rahim (B)

Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-Negeri Selat (Straits Settlements Naval Volunteer Reserve) yang ditubuhkan di Singapura pada 27 April 1934 merupakan pengasas kepada Tentera Laut yang ada sekarang iaitu diwujudkan oleh Kerajaan British yang menguasai Tanah Melayu.

Pada bulan Oktober 1938 SSNVR telah maju selangkah lagi apabila SSNVR Pulau Pinang ditubuhkan dan kemudiannya ditukar nama menjadi Angkatan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaya (Royal Malay Naval Volunteer Reserve).

Pada tahun 1939, Tentera Laut Diraja British (Royal Navy) telah menubuhkan ‘Cawangan Malaya’ (Malay Navy) dan menjelang 1941 ia mempunyai 1,430 orang anggota dan semasa kejatuhan Singapura pada tahun 1942 seramai 150 orang anggota Tentera Laut Melayu terus berkhidmat dengan Royal Navy di Ceylon, Afrika Timur dan India.

Sebahagian daripada anggota tersebut telah kembali berkhidmat dengan Force 136 dan Angkatan Pembebasan 1945, walau bagaimanapun atas sebab-sebab masalah kewangan, pihak  Pentadbiran Braitish telah mengambil keputusan untuk membubarkan Tentera Laut Malaya pada April 1947.

Semasa Darurat 1948, Tentera Laut Malaya telah diwujudkan semula apabila Peraturan Angkatan Tentera Laut Malaya telah ditubuhkan di Woodlands bersebelahan dengan Pangkalan Tentera Laut Diraja British (Royal Naval Base) di Sembawang Singapura.

Angkatan Tentera Laut  Malaya telah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) melalui gerakan pesisiran pantai secara besar-besaran di kawasan yang menjadi dtumpuan pengganas komunis.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan  pada 1957,  Tentera Laut Diraja Malaya dan divisyen-divisyen Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya  telah dipindahkan dari Singapura ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Pemerintahan gerakan dan pemerintahan telah diserahkan kepada Cawangan Tentera Laut di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur  dan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaya juga turut diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaya.

Semasa era Konfrantasi, Tentera Laut telah menambahkan kekuatannya daripada 1,283 kepada 2,753 anggota di samping memperolah pelbagai aset Tentera Laut termasuk mewujudkan markas pemerintahan Timur dan Barat.

Sejarah perkembangan Tentera Laut mengalami perkembangan yang pesat sekitar 1970 hingga 1979 dengan pembangunan Pangkalan TLDM Lumut dan pangkalan hadapan di Pahang termasuk pembelian kapal-kapal bagi meningkatkan  keupayaan jangkauan jarak daya kuasa tembakan dan prestasi melakukan tugas.

Pada tahun 80an TLDM telah meneruskan lagi rancangan pembesarannya dari segi keanggotaan dan keupayaan untuk melaksanakan tugas tambahan berikutan pengwujudan Zon Ekslusif Ekonomi (Exclusive Economic Zone – EEZ) dan keberkesanan  aktivti kawasan luaran pantai Negara.

Tugas-tugas TLDM yang dilaksanakan semasa aman adalah berlatiah untuk perang,melindungai sumber-sumber luaran pantai,kerja-kerja ukur  haidrografi dan membantu agensi-agensi awam,mencegah kegiatan lanun dan memantau EEZ termasuk bantuan operasi kepada Tentera Darat dan Tentera Udara.

Tugas TLDM semasa konflik meliputi mematah dan memusnahkan angkatan musuh di laut, mempertahankan jalur-jalur komunikasi laut, memberi perlindingan kepada pelayaran dan mempertahankan pelantar minyak luaran pantai yang menjadi sumber ekonomi negara. 

Pada awal penubuhan TLDM, kebanyakan pegawai dan anggotanya terdiri daripada pegawai dan anggota RN yang dipinjamkan kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Pegawai Pemeritah TLDM  yang pertama setelah TLDM diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan pada 1 Julai 1957 ialah Kapten E.D. Norman RN yang kemudiannya dinaikkan ke pangkat Commodore.

Anak watan yang pertama memegang jawatan utama TLDM ialah Datuk K. Thanabalsingam yang dilantik sebagai Ketua Turus Tentera Laut berpangkat Commodore pada 1 Disember 1967 dan beliau dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda  pada 1 Januari 1973 dan bersara pada 31 Disember 1976.

TLDM yang diasaskan oleh kerajaan British dengan secara rasminya telah diserahkan kepada Kerajaan Persektuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958 dan tepat pada jam 1142, hari Sabtu,bendera putih British diturunkan sementara bendera TLDM yang baru dikibarkan dengan iringan lagu “God Save The Queen” dan “Negaraku”.

Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman telah memeriksa satu pebarisan di upacara penyerahan Tentera Laut Diraja Malaya di pangkalan Woodlands di Singapura dan turut disaksikan oleh Gabenor Singapura Sir William Goodie dan Ketua Menteri Singapura Lim Yew Hock.
Kekuatan dan keupayaan TLDM pada waktu itu terdiri daripada sebuah pangkalan operasi dan latihan iaitu KD MALAYA di Woodlands Singapura serta beberapa buah kapal penyapu periuk api yang diambil alih daripada kerajaan British.

Sebagai tanda penghargaan sempena penyerahan kuasa tersebut, Kerajaan Bristih telah menyerahkan semua kapal-kapal lama kepada TLDM dan di antara yang beroperasi pada masa itu ialah kapal penyelenggaraan dan baikpulih KD MALAYA, kapal pendarat (bersenjata) KD PELANDOK, kapal periuk api KD PENYU dan tujuh buah motorboat pertahanan laut.

Kerajaan British empat tahun sesudah itu telah menyerahkan lima buah kapal penyapu periok api kepada TLDM, dan selepas 1967 TLDM telah dilengkapkan dengan kapal-kapal  peronda yang lebih besar untuk menambahkan lagi kekuatan TLDM.

TLDM telah memasuki era peluru berpandu dengan pembelian bot penyerang laju dariapda Negara Eropah pada awal 1970an dan pada 23 September 1976,peluru berpandu daripada jenis Exocet MM38 dilancarkan buat pertama kalinya daripada KD PERDANA dalam satu latihan di Laut China Selatan dan tepat mengenai sasarannya sejauh 21.6 km.

Sebuah angkatan laut yang moden memerlukan penyelenggaraan yang sesuai dan anggotanya pula memerlukan tempat penginapan serta latihan yang mencukupi bagi membolehkan TLDM beroperasi dengan berkesan untuk mempertahankan kedaulatan perairan Negara.

Pada 1982 syarikat Thyssen Rheinstahl Tecknik dari Jerman Barat telah diberi kontrak RM580 juta untuk membina pangkalan dan limbungan kapal di Lumut dan pangkalan yang siap pada 1985 mempunyai cawangan Operasi, Akademik, Teknikal dan  Bantuan.

Pada awal 1980an TLDM telah menubuhkan Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan komado tentera laut untuk operasi khas di stesen Luar Pantai dan pelantar minyak sementara untuk mempertingkatkan penangkis ranjau TLDM telah dilengkaplan dengan kapal penangkis periuk api jenis Lerici (MCMV) daripada Itali  pada 1986.

TLDM memperkenalkan cawangan udara iaitu KD Rajawali yang dilengkapkan dengan helikopter Wasp  pada 1988 untuk meningkatkan keupayaan memandangkan kapal-kapal besar seperti Frigate,Corvette, OPV dan LST mempunyai tempat pendaratan helikopter.

No comments:

Post a Comment