Friday, February 10, 2012

NOSTALGIA DI CYPRUS

JURUTERBANG PENGEBOM DI CYPRUS
Nostalgia Air Vice Marshal Tan Sri Sulaiman Sujak

Oleh: Mejar Ramli Abdul Rahim (B)

Tugas terakhir Flight Lieutenant Sulaiman Sujak sebagai juruterbang pengebom pesawat Canberra Royal Air Force (RAF- Tentera Udara Diraja British) dilakukan pada tahun 1965 sekembalinya daripada misi di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) Kuantan semasa era Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia.
Skuadron pesawat pengebom Canberra yang beroperasi di Cyprus telah diterbangkan ke Malaysia dan beroperasi daripada Kuantan dan selama tiga bulan pesawat pengebom RAF itu diterbangkan ke wilayah Sabah dan Sarawak.
Operasi semasa zaman Konfrantasi itu cukup nostalgik kerana Sulaiman Sujak yang menjadi pegawai RAF berpeluang memberi sentuhan memperatahankan Negara walaupun pada masa itu beliau bertugas di Cyprus.
Dalam kesibukannya menguruskan untuk pulang ke Malaysia, Sulaiman masih membuat tugas rutin sebagai juruterbang pengembom pesawat Canberaa di ruang angkasa Laut Maediterranean dan Sulaiman dapat merasakan kehangatan teman-teman yang akan ditinggalkan di pangkalan udara RAF Akrotiti, Cyprus.
“Well, this will be your last flight with me.” Sulaiman berkata kepada navigator dan krew yang mengendalikan senjata semasa membuat pemeriksaan ke atas pesawat yang akan diterbangkan.
‘We’ll miss you Suli” berkata navigator yang bernama Brian dan ‘observer’ John dan Sulaiman memanjat pesawat pengebom Canberra RAF yang akan diterbangkan buat kali terakhir itu, dan pesawat Canberra itu persis berwajah sayu.
Kalaulah pesawat itu boleh bercakap mungkin juga ia akan mengucapkan “Goodbye Sulaiman” dan Sulaiman tersenyum sendirian lalu pesawat itu dihidupkan enjinnya dan pesawat bergerak ke atas “taxiway” menuju landasan lapangan terbang Akrotiti.


“Throttle” ditolak ke depan, “Full Power”, brek dilepaskan, pesawat bergerak meluncur laju ke depan, Sulaiman menarik “control column” ke belakang, pesawat terangkat daripada landasan, ‘undercarriage up”, pesawat naik semakin laju semakin tinggi.
Itulah misi terakhir Sulaiman menerbangkan pesawat pengebom di Laut Mediterranean dan semasa Sulaiman membuat “gentle turning” Sulaiman nampak sayup-sayup Akrotiti ditinggalkan.
“How are you this morning Brian?” Sulaiman bertanyakan navigator melalui intercom, “I am ok” jawab Brian, “Are you ready for my last low level mission?” Sulaiman berseloroh, “whenever you are” jawab Brian.
Sulaiman menjunamkan pesawatnya dan pesawat pengebom itu terbang begitu rendah kira-kira 500 kaki daripada paras laut seolah-olah ingin menghirup air Luat Mediterranean dan dalam penerbangan yang rendah sebagai kapten pesawat Sulaiman harus berhati-hati menerbangkan pesawat pengebom tersebut.
Sulaiman akan mengucapkan selamat tinggala kepada RAF Akritori dan dia datang dengan “low level approach” daripada Laut Mediterranean dan dia terbang begitu rendah melintasi menara kawalan sebelum membuat pattern untuk mendaratkan pesawat yang diterbangkannya.
Itulah hari terkahir Sulaiman memakai “flying suit” yang dibekalkan oleh RAF dan dia sempat mengucapkan selamat tinggal kepada teman-teman skuadron yang telah balik daripada TUDM Kuantan selepas misi Konfrantasi di Malaysia.
Air Vice Marshal Tan Sri Dato' Sulaiman Sujak yang merupakan anak Melayu pertama memegang tampuk kepimpinan sebagai Ketua Tururs Tentera Udara (jawatan sekarang Panglima Tentera Udara) pada 1967 yang sebelum itu dipegang oleh pegawai-pegawai tinggi RAF yang dipinjamkan sejak TUDM ditubuhkan pada 2 Jun 1958.

Pengalaman sejak zaman anak-anak semasa di Singapura sebelum meletus Perang Dunia Kedua menjadi pemangkin dan titik sejarah yang dilalui oleh Sulaiman yang begitu gigih pada zamannya untuk menjadi juruterbang Melayu yang pertama berkhidmat dengan RAF di Eropah setelah berjaya menjalani latihan Pegawai Kadet di RAF Cranwell pada 1958.

Sejarah awal pembabitannya dengan dunia ketenteraan bermula dengan penglibatannya sebagai Kadet Sekolah Air Training Corps di Singapura dan juga dalam Malayan Auxuliary Air Force Singapore Wing sehingga sampai ke tahap menerima sayap penerbangan daripada Gabenor British di Singapura.

Segala pahit manis kenangan untuk mencapai cita-cita yang sentiasa tersemat dalam sanubari bermula semasa di bangku sekolah dan kecenderungan melihat pesawat-pesawat tentera turun naik di Kallang Airport adalah mukadimah kepada kerjaya juruterbang dengan RAF dan pernah menerbangkan pesawat pejuang di Scotland dan juga pesawat pengebom di Cyprus.

Sebelum dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Udara, Squadron Leader Sulaiman sempat menjadi Komandan Sekolah Latihan Penerbangn di TUDM Alor Setar dan sebagai Pegawai Memerintah TUDM Labuan yang berpangkat Wing Commander.

Selama lebih 20 tahun sebagai juruterbang tentera, beliau telah menerbangkan 22 buah jenis pesawat, merakamkan 350 jam penerbangan dengan Malayan Auxilary Air Force (Singapore Wing), 2,000 jam dengan RAF dan 1,000 jam dengan TUDM.

Segala pengalaman yang didapati semasa berkhidmat dengan RAF dan TUDM memang cukup bermanfaat kerana segala ilmu dan pengalaman yang didapatinya merupkan aset untuk dunia korporat yang diceburinya dan jumlah perkhidmatannya dalam sektor korporat jika dibandingkan dengan dunia tentera adalah lebih lama iatu selama 24 tahun jika dibandingkan dengan perkhidmatannya dalam tentera iaitu selama 22 tahun.

Sulaiman bin Sujak dilahirkan di Singapura pada 25 Mac 1934 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kota Raja dan Victoria School dan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Saingapura, Sulaiman sempat belajar dan menguasai Bahasa Jepun dengan baik.
Segala pahit maung semasa zaman perang turut dirasai Sulaiman dan peperangan itu memberi kesan kepada anak muda yang turut menyaksikan senario perang apabila Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 15 Februrai 1942 dan bunyi serangan pesawat Jepun bergegar di atas rumah Sulaiman persis saja baru semalam berlalu.

Bulan September 1965 Sulaiman Sujak bertukar uniform daripada seorang pegawai RAF kepada pegawai TUDM dan pada usia yang muda dia telah diamanahkan untuk menjadi pemimpin membawa TUDM ke arah berdikari setelah sekian lama di tangan bekas penjajah British dan dalam era pemerintahannya TUDM menambah aset pertahanan udara dengan pesawat Tebuan, Sabre F-86 dan F5-E.

Dalam dunia korporat Tan Sri Sulaiman telah diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan penting seperti di Bank Negara Malaysia, Kumpulan Guthrie Berhad, HSBC Bank Malaysia Berhad dan Malaysia Airline System Berhad (MAS).
Tan Sri Sulaiman adalah tokoh tersohor dalam dunia tentera dan juga korporat dan pengalaman dunia tentera adalah aset yang amat berharga untuk dunia awam yang diceburi setelah separuh daripada dunia kerjaya meletkkan beliau berada di angkasa raya.

No comments:

Post a Comment