Thursday, February 2, 2012

Sistem Pertahanan Udara

Ketua Elemen: Dusty Diamond Check
Wingman: Diamond Two
Ketua Elemen: Barat, Barat, Dusty Diamond
Fighter Controller: Dusty Diamond, Barat 11 loud and clear, how me?
Ketua Elemen: Barat, you are loud and clear.
Dusty Diamond:. Two chicks, vectoring 270 for practice intercepts.
Fighter Controller: Dusty Diamond, you are radar identified, maintan 270, make angel 28, set speed point niner when level.
Dusty Diamond: Wilco, angel 28, speed point niner

Itulah  transmisi radio di antara fighter controller (Barat) dengan juruterbang pesawat pemintas Sabre No 11 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Butterworth yang menggunakan kata panggilan Dusty Diamond.
Tarikh 21 Oktober 1970 adalah tarikh yang bersejarah kerana itulah pertama kali pegawai pertahanan udara TUDM   buat julung-julung kali membuat latihan pemintasan udara yang menggunakan pesawat Sabre hadiah daripada kerjaaan Australia dan dikawal oleh fighter controller dan menandakan mercua tanda operasi radar pertahanan udara di Negara ini.
Dengan latihan pemintasan udara yang pertama tersebut bermulalah operasi pertahanan udara yang dikendalikan oleh anak tempatan dengan fighter controller Pilot Officer Anwar Ismail yang ditumpangkan di unit radar Royal Air Force (RAF) di Western Hill Pulau Pinang dan mengendalikan latihan pemintasan dengan pesawat Sabre  yang dipandu oleh Squadron Leader Quek Seng Kiew dan Pilot Officer Jaafar Ismail.
Berikutan dengan  pengunduran tentera British daripada Timur Jauh pada 1971 yang menjadi tunggak kepada pertahanan Malaysia dan Singapura dengan pesawat pejuang dan radar yang ditempatkan di Singapura, Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada orang lain kecuali memperlengkapkan diri dengan berdikari mengembangkan angkatannya.


Pertahanan udara di Negara ini yang telah dipelopori oleh Kerajaan British sebelum zaman perang Jepun lagi dengan meletakkan stesen radar di Pelabuhan Klang dan di Western Hill Pulau Pinang dan juga pesawat pejuang yang beroperasi daripada pangkalan RAF Changi, RAF Seletar, RAF Kallang dan RAF Sembawang  di Singapura.
Apabila stesen radar RAF di Western Hill ditutup maka tugas untuk memberi amaran awal telah diambil alih oleh TUDM dengan menubuhkan Pusat Pertahanan Udara Pertama (PPU1) di Butterworth dengan dilengkapkan dengan alat radar daripada jenis Marconi S 600.
Radar daripada jenis Marconi S-600 digunakan untuk memantau pergerakan pesawat yang melintasi ruang udara Malaysia dan operasi dilakukan oleh kakitangan operasi 24 jam  bagi menentukan kedaulatan ruang angkasa kita tidak diceroboh oleh  pesawat yang tidak dikenali dan ancaman lain.
Segala kelengkapa alat radar telah dipasang oleh juruteknik TUDM dan dibantu oleh anggota RAF yang dipinjamkan kepada TUDM sebelum pusat radar berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh anak watan dan PPU1 dirasmikan oleh Tun Abdul Razak selaku Menteri Pertahanan pada September 1971.
Pegawai Memerintah PPU1 yang pertama ialah Wing Commander R R Alcock seorang pegawai yang dipinjamkan daripada Royal Australian Air Force (RAAF) sehingga penghujung 1972 sebelum diambil alih oleh anak tempatan iaitu Squadron Leader Raja Mohar bin Raja Sulaiman pada Januari 1973.
Fungsi unit radar pertahanan udara pada masa aman  ialah untuk menjaga kedaulatan Negara agar pesawat asing tidak menceroboh atau menggunakan ruang udara negara dengan sewenang-wenangnya dengan mengenalpasti identiti pesawat yang melalui ruang udara Malaysia.
Untuk pelaksanakan tugas pertahanan udara, angkatan udara yang ideal perlu dilengkapkan dengan peralatan radar bagi mengesan setiap pergerakan udara dan pada masa yang sama ia mempunyai skuadron jet pejuang yang sedia bila-bila masa sahaja untuk menangani sebarang ancaman.
Semua pesawat yang terbang diruang angkasa Negara akan dikenalpasti sebab semua pesawat awam yang memasuki Negara ini akan memajukan plan penerbangan (flight plan) dan semua pesawat tentera asing pula akan mendapat kebenaran diplomatik yang dikeluarkan oleh Wisma Putra.
Jika ada pesawat yang tidak boleh diklasifikasikan sebagai “sahabat” (friendly) maka sistem pertahanan udara mempunyai mekanisme untuk memintas pesawat berkenaan dengan mengarahkan dua buah pesawat pejuang yang dipersenjatai untuk di arahkan ke kedudukan pesawat yang dikesan oleh radar berdasarkan kepada “rules of engagement” yang termaktub dalam prosidur.
Berdasarkan kepada norma yang dipraktikkan di Negara barat dan juga blok Soviet, sejarah mencatatkan bagaimana sebuah pesawat awam Korean Airlines telah menerima nasib malang apabila ia lari daripada laluan dan memasuki ruang udara Rusia ia telah ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Soviet setelah gagal dikenali sistem radar pertahanan Soviet.
Peristiwa itu berlaku pada 1 September 1983, apabila pesawat Korean Airlines (KAL) penerbangan 007 berada dalam laluan fasa penerbangan terakhir daripda New York ke Soul telah tersasar dan memasuki ruang angkasa Soviet dan menghampiri kawasan rahsia penempatan tentera Rusia di Semenanjung Kamchatka.
Jika terdapat pesawat yang tidak dikenali, langkah yang diambil setelah pesawat berkenaan berjaya dipintas, pesawat yang tidak dikenali itu akan diarahkan mendarat di lapangan terbang yang terdekat atau mengusirnya daripada ruang udara Negara atau memusnahkannya.
Untuk mengesan, mengenali dan mengambil sebarang tindakan taktikal yang wajar, sistem pertahanan udara perlu mempunyai elemen pengesan iaitu alat radar, pesawat pejuang, peluru berpandu udara ke udara, sistem komunikasi yang baik dan alat elektronik untuk mengesan di antara sahabat dan musuh (Identification of Friend from Foe – IFF).
Pemangkin kepada elemen pertahanan udara bermula dengan hadiah pesawat Sabre yang telah digunakan oleh RAAF di Australia pada 1 Oktober 1969 untuk digunakan oleh No 11 Skaudron yang ditubuhkan khusus untuk tugas pertahanan udara di TUDM Butterworth dan seterusnya berkerja berganding bahu dengan PPU1 yang diwujudkan menjelang pengunduran RAF daripada Timur Jauh.
Juruterbang TUDM yang menjadi perintis No 11 Skuadron ialah Squadron Leader Quek Seng Kiew, Flight Lieutenant Ahmad Nazri, Pilot Officer Jaafar Ismail, Pilot Officer Amirul Ghani dan Pilot Officer Cheng Tiom Bow dengan menggunakan flight simlutaor dan pesawat Sabre direka hanya untuk seorang anak kapal.

Sementara pada Januari 1970 kumpulan pertama Fighter Controller yang pertama telah dihantar ke Australia untuk menjalani kursus Control and Reporting iaitu Flight Lieutenant Raja Mohar bin Raja Sulaiman, Pilot Officer Ramakrishnan, Pilot Officer Anwar Ismail, Pilot Officer J.G. Nair dan Pilot Officer Tommy Lim.
Pada bulan Februari 1970 kumpulan “Plotters’ yang pertama telah dihantar ke Australia untuk menjalani kurus pengoperasian radar iaitu  Sjn Muthiah, Kpl Tee Book, SAC Abu Bakar, SAC Osman dan SAC Zain dan sekembali tanah air mereka menjadi tenaga penggerak operasi radar TUDM yang memantau ruang udara Negara.
Setelah PPU1 beroperasi di TUDM Butterworth sebuah lagi unit radar telah ditubuhkan di TUDM Kuala Lumpur pada Januari 1972 iaitu Pusat Petahanan Udara Ke-2 (PPU2) yang kemudiannya dipindahkan ke Bukit Jugra Banting, Kuala Langat, Selangor.
Sebuah unit radar bergerak iaitu PPU3 telah ditubuhkan di TUDM Kuantan dan pernah terlibat dengan pemantauan di Pantai Timur apabila ia digerakkan ke Lapangan Terbang Pangkalan Chepa di Kelantan pada 1976 ekoran kekalahan Amerika dalam Perang Vietnam.
Kini Skuadron 310 beroperasi di Western Hill, Pulau Pinang dilengkapkan dengan  RAT-31DL, Skuadron 320 di Kuantan, Skuadron 321 di Bukit Puteri, Jertih, Trengganu dilengkapkan dengan Martello, Skuadron 322 di Bukit Ibam,Muadzam Shah, Pahang, Skuadron 323 Bukit Lunchu, Johor,  Skuadron 331 Kuching, Sarawak dan Skuadron 340 Bukit Kubong, Labuan, Sabah  bagi memantau ruang udara Malaysia.
.






3 comments:

  1. Dear Mej Ramli,

    I was searching for this for quite a while now. I first read this in Berita Udara in the late 80's when my father was still in the service. He is SAC Osman (702441) mentioned here. Do you happen to have a picture of the first group of plotters sent to Australia. I am helping my father's friends for their reunion and I think they's appreciate a trip down memory lane.

    Ahmad Fahmi Yahya Bin Osman (afyahya.osman@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...Mej Ramli...
    saya dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.Saya sedang menyiapkan latihan ilmiah saya yang bertajuk, Sejarah Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Butterworth...saya lihat, tuan banyak maklmumat mengenai sejarah pangkalan tersebut.Saya ingin meminta kebenaran untuk mengambil sikit maklumat dalam blog penulisan tuan. Kalau tuan mempunyai lebih banyak maklumat,saya harap tuan sudi untuk berkongsi maklumat dengan saya.Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  3. I wish I had read this much much earlier. My father warrant Officer R.Muthiah was in the first batch of plotters sent to Darwin Australia. I am a journalist by profession and would like to write about this. My cantact number is 0122501497.

    Best regards,

    Wani Muthiah

    ReplyDelete