Mingguan Siasah 07 -13 Dis 2012
Pesawat EC 725 Baru Untuk TUDM
Pesawat EC 725 Baru Untuk TUDM
Oleh
Mej (B) Ramli Abdul Rahim
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakarkan
sejarah penambahan aset dalam inventorinya dengan ketibaan dua buah pesawat baru EC 725 yang bakal dioperasikannya yang
tiba di pangkalan udara Subang dengan menggunakan pesawat Antonov-124 pada 29
November lalu.
Pesawat buatan firma Eurocopter dari Perancis ini telah
diterbangkan dari Marignanc, Perancis dan mengambil masa lebih kurang 13 jam
penerbangan sebelum tiba di Terminal Skypark, Subang tepat pada jam 2.20 petang
waktu tempatan.
Menurut Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, baki 10 lagi pesawat dijadual tiba di negara ini secara berperingkat sehingga 2014 dan TUDM juga akan menerima simulator untuk kegunaan latihan pesawat EC725 yang akan ditempatkan di Pangkalan Udara Subang, Selangor.
Buat permulaan, sebanyak dua buah daripada 12 helikopter jenis itu akan beroperasi di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang sebagai pesawat latihan untuk dikendalikan oleh juruterbang yang akan menjalani latihan tempatan.
Kesemua pesawat itu akan dihantar secara berperingkat-peringkat dengan pesawat terakhir masih lagi di pasang di Perancis dan TUDM sedang dalam perancangan untuk menggantikan pesawat yang digunakan untuk latihan dengan pesawat baru yang dilengkapi teknologi terkini.
Pesawat yang baru dibeli tersebut sesuai untuk pelbagai misi iaitu pengangkutan taktikal, operasi khas, mencari dan menyelamat, carian tempur dan menyelamat, pengawasan maritim, sokongan logistik kemanusiaan, sokongan darat, pemindahan perubatan dan operasi daripada kapal.
Eurocopter EC 725 yang juga dikenali
sebagai Super Cougar adalah sebuah helikopter pengangkut taktikal jarak jauh
yang dibangunkan daripada keluarga Super Puma/Cougar untuk kegunaan ketenteraan
dan ia adalah pesawat enjin bekembar dan boleh membawa sehingga 29 orang
penumpang bersam dua orang anak kapal bergantung kepada konfigurasi permintaan
pelanggan.
EC 725 telah dibangunkan untik
memenuhi keperluan Tentera Udara Perancis untuk tujuan Mencari dan Menyelamat
dan misi operasi kombat selepas model 532 A2 Cougar ditolak untuk tujuan
tersebut setelah percubaan dilakukan antara 1996 sehingga 1999.
Helikopter EC 725 yang dibangunkan
kemudannya membuat penerbangan sulungnya di Marignane pada 27 November 2000 dan
pesawat berkenaan membuat persembahan pertama pada 15 Januari 2001.
Tentera Udara Perancis telah
mengerakkan pesawat ke
dalam perkhidmatan aktif dengan
tiga helikopter EC 725 yang digunakan untuk
memindahkan penduduk dari Lubnan semasa
operasi Baliste di musim panas tahun 2006 dan pada 2007,
tiga helikopter Tentera Udara Perancis telah dikerahkan
untuk peperangan di Afghanistan untuk menyokong pasukan
gabungan di ibu kota Kabul,
Helikopter
perintis menyelesaikan penerbangan pertamanya pada bulan November 2000 dan kini
perkhidmatannya terebar di sepuluh buah negara di seluruh dunia dan Tentera
Udara Perancis sebagai pelanggan utama telah memesan enam EC 725.
Tentera
Udara Perancis sebagai pelanggan utama telah memesan EC 725 untuk tugas mencari
dan menyelamat dan misi tempur dan tempahan pertama telah dipenuhi pada
Februari 2005.
Peawat EC
725 Tentera Udara Perancis pernah dikerahkan pada tahun 2006 di Lubnan untuk
membantu pemindahan kakitangannya di Lubnan dan dua buah helikopter daripda
jenis yang sama telah ditempatkan di Kabul bagi membantu misi tentera NATO pada
awal tahun 2007 di Afgansitan.
Sebagai helikopter pengangkut
taktikal ia boleh membawa 19 anggota dengan kebolehan beroperasi pada jejari 250 batu nautika dan tugasan mencari dan
menyelamat EC 725 boleh menyelamatkan krew di perairan sejauh 290 batu nautika
daripada pangkalan.
EC 725 boleh dilengkapi dengan peralatan tentera dan
senjata seperti 2 × 7.62 mm FN MAG
machine gun, 2 × 68 mm (2.75") Thales Brandt atau Forges Zeebrugge rocket launchers, 2 × 20 mm pod-mounted GIAT cannon, Dassault
Electronique EWR-99 FRUIT RWR radar warning receiver dan Alkan ELIPS
multi-purpose chaff/flare dispenser.
Pada bulan September 2008 Malaysia
telah mengumumkan pemilihan EC 725 bagi mendapatkan suatu perintah awal
pembelian 12 buah pesawat tetapi justeru kekangan kewangan pembelian tersebut
telah ditangguhkan.
Eurocopter kemudiannya
menandatangani kontrak kerjasama dengan Kementerian Pertahanan Malaysia di
pertunjukan udara Paris 49 pada bulan Jun 2011 untuk mendapatkan 12 buah helikopter
EC 725 untuk kegunaan TUDM.
Pembelian helikopter daripada
Perancis ini merupakan pembelian kedua setelah TUDM membeli helikopter Alouette
III pada bulan September 1963 bagi memulakan operasi helikopter dalam TUDM
untuk beroperasi di kawasan yang tidak mempunyai landasan kapal terbang.
Alouette masih digunakan sehingga
kini dan pernah di gunakan oleh Pasukan Udara Tentera Darat untuk melatih juruterbang
Tentera Darat dan kini helikopter tersebut digunakan untuk latihan juruterbang helikopter
TUDM.
Sikorsky
S-61A-4 Nuri
yang merupakan versi terbitan helikopter SH- 3 Sea King yang diberi penambahbaikkan
adalah helikopter utiliti / SAR yang dioperasikan oleh TUDM sejak 1968 sehingga
kini masih digunakan dan fleet berkenaan telah menabur jasa semasa zaman memerangi komunis sekitar 1970
hingga 1990.
Dengan
kehadiran EC 725 di dalam inventori TUDM sepenuhnya nanti, besar kemungkinan khidmat Nuri akan ditamatkan setelah ia
berjasa sekian lama untuk pengangkutan pasukan keselamatan sepanjang lebih tiga dekad yang lalu.