Thursday, October 18, 2012

10 Briged Para


Prestasi 10 Briged Para
Oleh: Mejar Ramli Abdul Rahim (B)

Kewujudann  10 Briged Para memang menjadi kebanggaan Tentera Darat (TD) justeru  Briged berkenaan dianggap sebagai entiti  elit dalam Angkatan Tentear Malaysia (ATM) dan ia lahir pada zaman negara masih dihantui ancaman Parti Komunis Malaya (PKM).

Briged Para asalnya adalah unit infantri biasa yang kini dinaiktarafkan sebagai unit elit payung terjun di dalam ATM dan ia mempunyai pelbagai kelebihan dan kemahiran di dalam menangani persekitaran perang pada  masa kini dan akan datang atas premis konvensional.

Unit elit ini akan dikejarkan ke sesuatu kawasan konflik dalam masa yang amat pantas dan singkat sejajar dengan cogan kata Briged ini – Tindak Pantas  dengan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Prestasi keseluruhan anggota Briged sentiasa dijaga dengan latihan yang berterusan bagi menyiapkan ketumbukan berkenaan untuk menghadapi sebarang situasi dan sentiasa siapasiaga untuk dikerahkan ke kawasan yang bergolak.

10 Briged Para juga diiktiraf sebagai pasukan elit pauing terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan di luar negara seperti  Delta Force dan anggotanya  memakai beret merun yang juga dikenali sebagai Pegasus (unit payung terjun British semasa Perang-Dunia Ke-2).

Kesiapsiagaan 10 Briged para diaturgerakkan ke suatu lokasi memang telah terbukti umpamanya ia  pernah menjalankan operasi menggempur lokasi pengganas semasa latihan Ops Pasir di Pulau Berhala Sabah dijalankan..

Pada bulan November 1988 Malaysia tidak mampu menyahut permintaan untuk bantuan oleh Maldive semasa negara itu dicerobohi oleh organisasi pengganas upahan Tamil dan atas  ketidakmampuan tersebut, Panglima ATM telah mengemukakan cadangan untuk menubuhkan  unit payung terjun dalam organisasi TD.
Pada 1988  satu batalion infantri TD daripada Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (RRD) telah mendapat latihan payung terjun dan peranan tradisinya sebagai infantri biasa telah ditukarkan kepada batalion payung terjun dan batalion ini menjadi pasukan pertama aturgerakcepat terbaru.

Pada 1990  Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja telah menerima kelayakan dan menyertai pasukan aturgerakcepat dan pada 10 Oktober 1994 .Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad  telah merasmikan penubuhan Briged Infantri ke-10 Malaysia sebagai Briged ke-10 Payung Terjun di Langkawi.

Pada 1994 10 Para menerima latihan atur gerak cepat, dibantu oleh elemen pasukan elit Grup Gerak Khas TD dan PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dengan melengkapi sokongan operasi oleh TLDM dan TUDM.
Semasa perasmian Briged berkenaan satu pertunjukan iaitu  berupa senario menawan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi,Kedah daripada penceroboh oleh Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) diterajui oleh batalion ke-8 RRD (Para) telah dilaksanakan..

Kepantasan unit elit 10 Briged Para ini secara tidak langsung telah memberi satu kelebihan kepada ATM dalam melaksanakan misinya bagi memastikan keamanan negara terus dikekalkan sehingga sekarang.
Briged Para sememangnya adalah sebuah pasukan elit yang mantap tetapi pada masa yang sama semangat setia kawan (esprit-de-corp) menjadi teras utama pasukan ini dan juga boleh diumpamakan sebagai sebuah pasukan yang mengutamakan hubungan silaturahim antara setiap anggota dan pegawai-pegawai atasan.

Mana-mana yang ingin menyertai pasukan ini dikehendaki lulus dalam ujian fizikal atau dikenali sebagai Latihan Semangat Waja sebelum layak memakai beret Pegasus dan Sayap Berdarah dan seterusnya menjadi anggota Briged.

Latihan Semangat Waja ini terdiri daripada ; Senaman perang, Larian hutan berpaya, Mara lasak sejauh 12 kilometer, Pelaksanaan serbuan khas, Latihan 5 kilometer bagi membolos dan mengelakkan diri, Latihan abseilling, Latihan rapelling, Junam selesa, Jalan laju 22 kilometer dan Mendaki Gunung Ledang.

Kriteria lain adalah ; Ikhtiar hidup, Pandu arah 33 kilometer, Berjalan lasak 65 kilometer, Mendayung perahu tempur sejauh 32 kilometer, Berlari sejauh 7 kilometer, Merentas desa, Larian balak, 32 kilometer bagi larian berpasukan, Larian 42 kilometer, Kawad tempur seksyen dan platun derta Kemahiran mengendalikan senjata.

Ternyata bukan mudah untuk menganggotai pasukan elit ini dan latihan ini semuanya dibina untuk ujian mental dan fizikal yang melayakkan diri seseorang itu untuk menyertai pasukan ini perlu kepada jiwa yang kental  dan persiapan yan mantap.

Latihan khas yng dilaksanakan oleh Briged Para meliputi; Operasi pendaratan secara taktikal melalui udara (TALO), Latihan payung terjun, Latihan tempur jarak dekat (CQC), Latihan penerjun bebas (HALO/HAHO), Kursus penembak tepat, Kepakaran menggunakan bahan letupan, Kebolehan menembak dan Menembak pantas.

Sejak  Ogos 2006, 10 Briged Para berpangkalan di Kem Terendak Melaka dan terdiri daripada ; Batalion Elit Para: iaitu Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Batalion ke-17 Rejeiman Askar Melayu Diraja (Para) dan Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para) dan Rejimen Artileri Diraja (Para).
Ia juga melibatkan Skuadron Kereta Peris yang dilengkapi dengan senjata Alvis Scorpion buatan British dengan 90mm Cockerill Mk III gun dan Stormer APCs dengan 20 mm Oerlikon Contraves guns. 

Unit sokongan Briged meliputi;  Kompeni Bantuan (Para), 10 Skuadron Semboyan Diraja (Para), Kor Polis Tentera Diraja (Para), 361 Bateri Rejimen Artileri Diraja PU (Para), Kor Kesihatan Diraja (Para), 10 Skuadro Askar Jurutera Diraja (Para) dan Platun Pandura.

Pada bulan Mei 2006, 209 anggota daripada 10 PARA dihantar ke Timur Leste dalam Operasi Astute,  dan terlibat dengan  Malaysian Medical Tean, Chaman Pakistan, Acheh dan MALCON-UNFIL Lubnan 2007.
Bertempat di Lapangan Terbang  Pangkalan TUDM Gong Kedak  pada 24 September lalu  dengan diketuai oleh Brigedier Jeneral Tengku Ahmad Noor bin Tuan Chik sebagai kesinambunbgan prestasi Brided satau latihan penerjunan yang melibatkan 800 anggota dengan menggunakan emat buah pesawat C-130 TUDM.

Kehadiran 10 Briged para yang mengadakan latihan tersebut turut disaksikan oleh pegawai-pegawai TUDM dan hubungan kerjasama TD dan TUDM terus dijalinkan bagi mengukuhkan persahabatan sebagai elemen organisasi pertahanan di negara ini di bawah payung ATM.

No comments:

Post a Comment