Perang Dunia Kedua melakarkan sejarah penglibatan anak-anak Melayu dalam perang bagi mempertahankan serangan yang hebat ke atas HMS PELANDOK oleh Tentera Udara Jepun pada 8 Februari 1942 dalam siri serangan ke atas Tanah Melayu yang berakhir dengan penyerahan Tentera British kepada Tentera Jepun di Singapura.
Memori perang bagi mereka yang masih hidup dan pernah terlibat dalam Perang Dunia Kedua tentunya masih bisa merasakan betapa getirnya untuk berada dalam daerah perang dan melalui pengalaman pahit itu.
Royal Navy (Tentera Luat Diraja British) yang berpangkalan di Singapura telah menubuhkan Pasukan Malay Navy dan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve yang dianggotai oleh anak-anak Melayu sebelum Perang Dunia meletus dan ditugaskan di atas kapal perang Royal Navy dan Armed Merchant Ship.
Kerajaan British telah membuat pengambilan baru daripada kalangan anak-anak tempatan Tanah Melayu dan Singapura semasa penubuhan Royal Navy Malay Section dengan singkatan Royal Malay Navy pada September 1939.
Kapal-kapal perang Royal Navy ditugaskan untuk membuat rondaan dan memasang ranjau di perairan Tanah Melayu dan Singapura dan kapal-kapal dagang yang dipersenjatai terus membuat tugas perdagangan dengan aktviti mengangkut barangan ke setiap pelabuhan di Tanah Melayu.
Kesediaan Kerajaan British untuk menubuhkan Royal Malay Navy yang keseluruhannya dianggotai oleh belia-belia Melayu kerana prestasi yang ditunjukkan oleh anggota Malayan Royal Naval Volunteer Reserve yang lebih awal ditubuhkan dan dikendalikan oleh pegawai Royal Navy.
Lieutenant Commander H. Vickers RN, seorang pegawai Royal Navy telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah Royal Navy Section yang pertama, merangkap Pegawai Memerintah HMS PELANDOK, iaitu lokasi berek dan pusat latihan di Singapura.
Hamper semua pemuda Melayu yang berkhidmat dalam Malay Navy adalah sekitar 16 sehingga 20 tahun adalah lulusan darjah 5 dan kumpulan pertama yang diambil untuk berkhidmat adalah 30 orang anggota dan menjelang akhir 1939 terdapat 400 anggota Malay Navy yang berkhdimat daripada Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak.
Latihan rekrut diadakan selama 3 bulan tetapi menjelang Perang Dunia Kedua latihan bagi pasukan tersebut telah dipendekkan dan setelah latihan asas rekrut Malay Navy mereka membuat latihan dalam kapal perang Royal Navy dan ada yang ditugaskan di bawah kelolaan Boom Defence Office, Extended Defence Office, Stesen Wireless Kranji dan di Changi Point.
Pada pertengahan tahun 1940 pihak Admiralty di London telah memberi arahan untuk menambahkan kekuatan anggota Malay Navy kepada 800 orang sebagai persiapan menghadapi Perang Dunia Kedua yang sedang melanda negara-negara Asia di samping Royal Navy itu sendiri yang menghadapi kekurangan anggotanya.
Walaupun anggota Malay Navy bertambah ramai, tetapi bukan semua ditugaskan di atas kapal kerana Royal Navy pada keseluruhanya kekurangan kapal untuk dioperasikan maka lebih 400 anggota Malay Navy pada masa itu masih berada di pangkalan iaitu HMS PELANDOK.
HMS PELANDOK telah dilengkapkan dengan meriam 4 inci, Pom-Pom Gun dan juga Lewis Gun bagi tujuan pertahanan menangkis serangkan kapal terbang musuh dan pasukan Malay Navy menyedari mereka akan berhadapan dengan Tentera Jepun dan mereka tetap cekal dengan persiapan yang sedia ada.
Perang di Tanah Melayu ditandai dengan pendaratan Armada Jepun di Kota Bharu pada jam 12.45 tengah malam 8 Dismebr 1941, iaitu tujuh puluh minit sebelum Pearl Harbour, maka bermulakan peperangan di Tanah Melayu dengan berakhir dengan Tentera British menyerah kalah di Singapura.
Sepanjang era perang Malay Navy telah menunjukkan kecekalan dan keberanian mereka untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan sejarah mencatatkan Armed Merchant Ship yang menjadi mangsa serangan Tentera Udara Jepun pada 13 Disember 1941 adalah HMS LIPIS yang sedang dalam pelayaran daripada Kuching ke Singapura dan telah mengorbankan tiga orang anak kapal.
Pada 30 Disember 1941, HMS KUDAT telah diserang ketika berada di Selat Klang berhampiran Port Swettenham dan ia merupakan kapal Armed Merchant Ship yang pertama ditenggelamkan oleh Jepun semasa perang.
Dalam serangan ke atas HMS KUDAT salah seroang anggota Malay Navy iaitu Able Seaman Abdul Kadir bin Saad telah berjaya menangkis serangan pesawat Jepun dengan menggunakan Lewis Gun dan kemudiannya mengalami kecederaan dan terjun k edalam laut sebelum kapal yang kena serang itu tenggelam.
Keberanian dan semangat Able Seaman Abdul Kadir telah diakui oleh Kerajaan British dan apabila perang tamat beliau telah dianugerahkan pingat Distinguished Service (DSM) pada 1947 dan merupakan anak Melayu pertama menerima penganugerahan ketenteraan.
Sebuah lagi Armed Merchant Ship iaitu HMS LARUT yang diketuai oleh Capatain C.E. Cleaver RNR telah diserang oleh Tentera Udara Jepun pada 20 Januari 1942 di Pulau Sabang dan ia telah musnah dan hanya 10 orang anak kapal manakala yang lain semuanya terkorban.
Anak-anak kapal Malay Navy dan Royal Navy yang terselamat dalam serangan Jepun telah dipindahkan ke kapal HMS PANGKOR yang mempunyai misi untuk membawa beratus-ratus orang anggota tentera dan penumpang awam berundur daripada Singapura ke Colombo dan kapal tersebut tiba di Colombo pada bulan Januari 1942.
Sebuah kapal yang sering dijadikan platform latihan oleh Malay Navy iaitu HMS VYNER BROOKE telah meninggalkan Singapura pada malam 12 Februari 1942 membawa 64 orang jururawat Australia dan 128 orang anggota tentera termasuk 20 orang anggota Malay Navy telah dibom bertubi oleh pesawat Tentera Udara Jepun di Selat Bangka.
Kapal yang diserang teruk pada 14 Februari 1942 dan anak kapal tidak berpeluang untuk membalas serangan Jepun mengalami kerosakan dan terbakar dan seterusnya mengorbankan sejumlah penumpang dan semua anggota Malay Navy terkorban kecuali Able Seaman Abdul Samad bin Ali.
Ini adalah cerita duka Malay Navy yang terperangkap dalam situasi perang dan mereka terus menunjukkan keberanian dan kecekalan mereka menghadapi serangan demi serangan Tentera Udara Jepun sebaik saja mererka melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu.
HMS SYLVINA juga telah diserang oleh Tentera Udara Jepun semasa berada di perairan Mersing dan dalam serangan tersebut Able Seaman Hamidon bin Taib telah terkena tembakan dan dua orang daripada rakan seperjuangannya telah terkorban dalam serangan tersebut.
Dalam peperangan di laut banyak Armed Merchant Ship telah karam atau mengalami keroskan oleh serangan Tentera Udara Jepun dan di antara kapal-kapal yang ditawan oleh pihak Jepun ialah HMS JITRA, HMS INTAN, HMS PANDAI, HMS PETALING, HMS RENGAM, HMS RIMBA dan HMS RIMAU.
Kerajaan British telah membuat rancangan kontigensi untuk berundur sekiranya keadaan pertahanan Royal Navy di Singapura semakin buruk dan mendapat asakan Jepun dan banyak kapal yang telah dikerahkan untuk meninggalkan Singapura sebaik saja Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun pada Disember 1941 menuju Sumatera dan pulau Jawa.
Itulah cebisan kisah getir zaman perang yang dihadapi oleh anak-anak Melayu yang menganggotai Malay Navy adalah manifestasi komitmen mereka untuk mempertahankan tanahair yang pada masa itu masih terjajah sebagai bahan renungan generasi kini.
No comments:
Post a Comment