30 Dis 2011- 05 Jan 2012
Krisis Congo (1960-1966) merupakan tempoh kemelut di Republik Pertama Congo yang bermula dengan kemerdekaan negara tersebut daripada penjajah Belgium dan berakhir dengan rampasan kuasa yang dipimpin oleh Yusuf Mobutu.
Di pelbagai lokasi terdapat gerakan yang mempunyai pelbagai ciri-ciri perjuangan anti-penjajah, perang puak pemisah dengan wilayah Katanga, operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertempuran proksi Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet dan sepanjang krisis menyebabkan kematian kira-kira 100,000 orang awam dan tentera.
Peristiwa hitam tercetus dengan pembunuhan Perdana Menteri Patrice Lumumba yangmemebri tamparan hebat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan kematian Setiausaha Agung PBB Dag Hammarskjöld dalam nahas kapal terbang semasa dia cuba untuk menjadi pengantara.
Congo merupakan konflik global yang pertama yang menjadi keprihatinan Negara kita yang baru merdeka untuk terlibat dalam misi pengaman yang didokong oleh PBB dengan menghantar kontinjennya yang dikenali sebagai Malayan Special Forces di Congo pada 1960.
Negara kita merupakan negara yang ke -16 menyumbangkan pasukan tentera kepada PBB di Congo dan sumbangan tersebut telah mengharumkan nama Malaya ketika itu dalam arena antarabangsa meskipun ia sebuah negara yang kecil namun masih berkemampuan menyambut seruan demi mengekalkan keamanan dan kemakmuran sejagat.
Mandat yang diberikan kepada tentera kita di Congo adalah untuk menentukan pengunduran pasukan tentera Belgium dan untuk membantu kerajaan yangbaru ditubuhkan dalam menguatkuasakan undang-undang dan bantuan teknikal.
Tetapi United Nations Operation in Congo (ONUC) yang melibatkan Malayan Special Forces kemudiannya terlibat dengan penentuan kedaulatan wilayah dan kemerdekaan Congo, pencegahan perang saudara dan menentukan tentera upahan yang bukan di bawah PBB meninggalkan Congo.
Negara dengan sebulat suara telah meluluskan pemergian Angkatan Khas Malaya ke Congo dan Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pada ketika itu berkata berhubung campur tangan Rusia di Congo, “campur tangan Rusia ini merupakan perang dingin dan boleh menimbulkan angkara yang tidak diingini”.
Dalam usia yang begitu muda, negara ini telah menghantar batalion kedua, keempat, keenam dan ketujuh secara bergilir-gilir untuk tugas tersebut dan Pasukan Khas yang pertama terdiri dari tiga buah kompeni infantri dari Batalion Ke-4 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan Pegawai Memerintanya Lt Kol Ungku Nazaruddin Ungku Mohamed.
Pada 5 Oktober 1960 tercatatlah dalam sejarah tanah air buat kali pertamanya anak watan diberi tugas besar dan Perdana Menteri telah memberikan pesanan kepada perjurit Negara dengan kata-kata semangat “Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata” .
Dalam amanahnya, beliau berkata “Orang-orang di Tanah Melayu merasa bangga kerana askar-askar kita dikenali sebagai satu angkatan tentera yang gagah dan berani dan pemergian mereka adalah satu penghormatan besar kepada negara ini dan mengharumkan lagi nama Angkatan Tentera Persekutuan.
Batalion Ke-4 kembali dari Congo pada pertengahan bulan Julai 1961 dan digantikan oleh Batalion Ke-6, dan Batalion ini menduduki di tempat-tempat yang sama iaitu Markas Teknikal di Bakavu, satu kompeni di Kindu, satu kompeni di Goma dan satu kompeni lagi di Albertville.
Satu kompeni kemudiannya telah diterbangkan ke Nyuzu sebuah pekan di utara Katanggu untuk menghancurkan pemberontak-pemberontak puak Buluba dan pemberontak-pemberontak berkenaan telah melarikan diri apabila kompeni itu sampai di Nyuzu.
Dua orang tentera kita telah terkorban semasa batalion ini sedang berkhidmat di Congo iaitu LKpl Yusof Yaakob terkoban apabila sebuah gudang peluru meletup di Indu pada malam 27 Julai 1961 dan Prebet Sional Jantan telah mati lemas di Tasek Kivu pada 31 Disember 1961.
Pada 7 Februari 1963, Batalion Ke-2 diarahkan meronda serta membersih beberapa kawasan gerakan di Wilayah Katonga dengan menawan sebilangan kecil askar-askar uphan dan merampas beberapa pucuk senjata api.
Satu daripada kompeni batalion ini telah dengan bangganya dipilih untuk menyertai satu istiadat perbarisan raksaksa menyambut hari ulangtahun Bangsa-Bangsa Bersatu di LEOPOLVILLE dan perkhidmatan anggota-anggota Batalion Ke-2 di Congo berakhir pada 28 April 1963.
Selepas itu perkhidmatan tentera kita di Congo terpaksa dihentikan akibat konfrantasi yang diisytiharkan oleh Indonesia ekoran penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 dan anggota tentera telah pulang ke tanah air sebagai misi damai pertama Negara di peringkat global.
RAMD telah membuktikan sekali lagi akan kebolehannya di samping menaikkan nama dan imej negara dengan mutu tatatertib dan kecekapan yang tinggi dan semasa sejumlah anggota-anggota RAMD sedang berkhidmat di Congo pada 23 Mac 1961, Yang Di-Pertuan Agong telah berkenaan mengurniakan Panji-Panji Diraja kepada seluruh RAMD sebagai lambang kesetiaan dan kehormatan kepada Raja dan Negara.
Selain daripada penglibatan RAMD, Rejimen Persekutuan dan Rejimen Peninjau Persekutuan yang digabungkan pada 1 Januari 1960 dan pasukan baru yang dibentuk ini kemudian dikenali sebagai Kor Peninjau Persekutuan (Federation Reconnaissance Corps) turut terlibat dengan misi pengaman di Congo.
Kontijen Pertama 4 RAMD dan C Squadron 2nd Reconnaissance Regiment berada di Congo dari Oktober 1960-Julai 1961, Kontijen kedua 6 RAMD dan B Squadron 1st Reconaissance Regiment berada di Congo dari Julai 1961-April 1962.
Kontinjen ketiga 7 RAMD dan 1st Reconnaisance Regiment berada di Congo Februari 1962-Disember 1962 manakala Kontinjen keempat 2 RAMD dan C Squadron 2nd Reconnaissance Regiment berada di Congo dari Jun 1962-April 1963.
Tiga orang pegawai yang turut mendapat penghormatan kerana khidmat mereka yang cemerlang semasa berkhidmat di Congo telah dianugerahkan Pingat Gagah Berani ialah Captain Maurice S.C., Lam (5 Jun 1963), Lt Muda Neville Siebel (5 Jun 1963) dan Leftenan Lee Ah Pow (3 Januari 1964).
Congo adalah mukadimah kepada misi pengaman PBB yang melibatkan Negara kita kerana sesudah itu banyak lagi misi pengaman PBB yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pelbagai kawasan konflik sebagai komitmen Negara sebagai anggota PBB di arena antarabangsa yang turut mengharumkan nama Negara dan ATM.
Thursday, December 29, 2011
Friday, December 23, 2011
Pahlawan Samudera
Perang Dunia Kedua melakarkan sejarah penglibatan anak-anak Melayu dalam perang bagi mempertahankan serangan yang hebat ke atas HMS PELANDOK oleh Tentera Udara Jepun pada 8 Februari 1942 dalam siri serangan ke atas Tanah Melayu yang berakhir dengan penyerahan Tentera British kepada Tentera Jepun di Singapura.
Memori perang bagi mereka yang masih hidup dan pernah terlibat dalam Perang Dunia Kedua tentunya masih bisa merasakan betapa getirnya untuk berada dalam daerah perang dan melalui pengalaman pahit itu. Royal Navy (Tentera Luat Diraja British) yang berpangkalan di Singapura telah menubuhkan Pasukan Malay Navy dan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve yang dianggotai oleh anak-anak Melayu sebelum Perang Dunia meletus dan ditugaskan di atas kapal perang Royal Navy dan Armed Merchant Ship.
Kerajaan British telah membuat pengambilan baru daripada kalangan anak-anak tempatan Tanah Melayu dan Singapura semasa penubuhan Royal Navy Malay Section dengan singkatan Royal Malay Navy pada September 1939.
Kapal-kapal perang Royal Navy ditugaskan untuk membuat rondaan dan memasang ranjau di perairan Tanah Melayu dan Singapura dan kapal-kapal dagang yang dipersenjatai terus membuat tugas perdagangan dengan aktviti mengangkut barangan ke setiap pelabuhan di Tanah Melayu.
Kesediaan Kerajaan British untuk menubuhkan Royal Malay Navy yang keseluruhannya dianggotai oleh belia-belia Melayu kerana prestasi yang ditunjukkan oleh anggota Malayan Royal Naval Volunteer Reserve yang lebih awal ditubuhkan dan dikendalikan oleh pegawai Royal Navy. Lieutenant Commander H. Vickers RN, seorang pegawai Royal Navy telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah Royal Navy Section yang pertama, merangkap Pegawai Memerintah HMS PELANDOK, iaitu lokasi berek dan pusat latihan di Singapura. Hamper semua pemuda Melayu yang berkhidmat dalam Malay Navy adalah sekitar 16 sehingga 20 tahun adalah lulusan darjah 5 dan kumpulan pertama yang diambil untuk berkhidmat adalah 30 orang anggota dan menjelang akhir 1939 terdapat 400 anggota Malay Navy yang berkhdimat daripada Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak.
Latihan rekrut diadakan selama 3 bulan tetapi menjelang Perang Dunia Kedua latihan bagi pasukan tersebut telah dipendekkan dan setelah latihan asas rekrut Malay Navy mereka membuat latihan dalam kapal perang Royal Navy dan ada yang ditugaskan di bawah kelolaan Boom Defence Office, Extended Defence Office, Stesen Wireless Kranji dan di Changi Point.
Pada pertengahan tahun 1940 pihak Admiralty di London telah memberi arahan untuk menambahkan kekuatan anggota Malay Navy kepada 800 orang sebagai persiapan menghadapi Perang Dunia Kedua yang sedang melanda negara-negara Asia di samping Royal Navy itu sendiri yang menghadapi kekurangan anggotanya.
Walaupun anggota Malay Navy bertambah ramai, tetapi bukan semua ditugaskan di atas kapal kerana Royal Navy pada keseluruhanya kekurangan kapal untuk dioperasikan maka lebih 400 anggota Malay Navy pada masa itu masih berada di pangkalan iaitu HMS PELANDOK.
HMS PELANDOK telah dilengkapkan dengan meriam 4 inci, Pom-Pom Gun dan juga Lewis Gun bagi tujuan pertahanan menangkis serangkan kapal terbang musuh dan pasukan Malay Navy menyedari mereka akan berhadapan dengan Tentera Jepun dan mereka tetap cekal dengan persiapan yang sedia ada. Perang di Tanah Melayu ditandai dengan pendaratan Armada Jepun di Kota Bharu pada jam 12.45 tengah malam 8 Dismebr 1941, iaitu tujuh puluh minit sebelum Pearl Harbour, maka bermulakan peperangan di Tanah Melayu dengan berakhir dengan Tentera British menyerah kalah di Singapura.
Sepanjang era perang Malay Navy telah menunjukkan kecekalan dan keberanian mereka untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan sejarah mencatatkan Armed Merchant Ship yang menjadi mangsa serangan Tentera Udara Jepun pada 13 Disember 1941 adalah HMS LIPIS yang sedang dalam pelayaran daripada Kuching ke Singapura dan telah mengorbankan tiga orang anak kapal.
Pada 30 Disember 1941, HMS KUDAT telah diserang ketika berada di Selat Klang berhampiran Port Swettenham dan ia merupakan kapal Armed Merchant Ship yang pertama ditenggelamkan oleh Jepun semasa perang.
Dalam serangan ke atas HMS KUDAT salah seroang anggota Malay Navy iaitu Able Seaman Abdul Kadir bin Saad telah berjaya menangkis serangan pesawat Jepun dengan menggunakan Lewis Gun dan kemudiannya mengalami kecederaan dan terjun k edalam laut sebelum kapal yang kena serang itu tenggelam.
Keberanian dan semangat Able Seaman Abdul Kadir telah diakui oleh Kerajaan British dan apabila perang tamat beliau telah dianugerahkan pingat Distinguished Service (DSM) pada 1947 dan merupakan anak Melayu pertama menerima penganugerahan ketenteraan. Sebuah lagi Armed Merchant Ship iaitu HMS LARUT yang diketuai oleh Capatain C.E. Cleaver RNR telah diserang oleh Tentera Udara Jepun pada 20 Januari 1942 di Pulau Sabang dan ia telah musnah dan hanya 10 orang anak kapal manakala yang lain semuanya terkorban.
Anak-anak kapal Malay Navy dan Royal Navy yang terselamat dalam serangan Jepun telah dipindahkan ke kapal HMS PANGKOR yang mempunyai misi untuk membawa beratus-ratus orang anggota tentera dan penumpang awam berundur daripada Singapura ke Colombo dan kapal tersebut tiba di Colombo pada bulan Januari 1942.
Sebuah kapal yang sering dijadikan platform latihan oleh Malay Navy iaitu HMS VYNER BROOKE telah meninggalkan Singapura pada malam 12 Februari 1942 membawa 64 orang jururawat Australia dan 128 orang anggota tentera termasuk 20 orang anggota Malay Navy telah dibom bertubi oleh pesawat Tentera Udara Jepun di Selat Bangka.
Kapal yang diserang teruk pada 14 Februari 1942 dan anak kapal tidak berpeluang untuk membalas serangan Jepun mengalami kerosakan dan terbakar dan seterusnya mengorbankan sejumlah penumpang dan semua anggota Malay Navy terkorban kecuali Able Seaman Abdul Samad bin Ali.
Ini adalah cerita duka Malay Navy yang terperangkap dalam situasi perang dan mereka terus menunjukkan keberanian dan kecekalan mereka menghadapi serangan demi serangan Tentera Udara Jepun sebaik saja mererka melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu.
HMS SYLVINA juga telah diserang oleh Tentera Udara Jepun semasa berada di perairan Mersing dan dalam serangan tersebut Able Seaman Hamidon bin Taib telah terkena tembakan dan dua orang daripada rakan seperjuangannya telah terkorban dalam serangan tersebut.
Dalam peperangan di laut banyak Armed Merchant Ship telah karam atau mengalami keroskan oleh serangan Tentera Udara Jepun dan di antara kapal-kapal yang ditawan oleh pihak Jepun ialah HMS JITRA, HMS INTAN, HMS PANDAI, HMS PETALING, HMS RENGAM, HMS RIMBA dan HMS RIMAU. Kerajaan British telah membuat rancangan kontigensi untuk berundur sekiranya keadaan pertahanan Royal Navy di Singapura semakin buruk dan mendapat asakan Jepun dan banyak kapal yang telah dikerahkan untuk meninggalkan Singapura sebaik saja Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun pada Disember 1941 menuju Sumatera dan pulau Jawa.
Itulah cebisan kisah getir zaman perang yang dihadapi oleh anak-anak Melayu yang menganggotai Malay Navy adalah manifestasi komitmen mereka untuk mempertahankan tanahair yang pada masa itu masih terjajah sebagai bahan renungan generasi kini.

Saturday, December 17, 2011
RAJA WALI FM1001
Mingguan Siasah 16-22 Dis 2011
Ura-ura untuk membeli pesawat yang pertama bagi kegunaan tentera telah dibincangkan sebelum Negara mencapai kemerdekaan seawal 1956 dengan nasihat pegawai Tentera Udara British (Royal Air Force (RAF) untuk mendapatkan pesawat yang berfungsi sebagai pesawat pengangkut.
Fleet pesawat itu nantinya akan berkepupayaan membuat tugasan pengangkutan udara jarak sederaha, pembawa trup, VIP, ambulan udara, tugas gerak saraf zaman darurat, tugas pengeboman terhad, kawalan pantai dan tinjauan fotografi. Pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer pengangkut Short Take Off and Landing (STOL) British yang dibina oleh Scottish Aviation Limited di Prestwick Airport, Scotland yang dibina sejak tahun 1950-an telah dipilih untuk memenuhi keperluan aset pertama bagi penubuhan sebuah skuadron penerbangan tentera di negara ini.
Pesawat yang telah direka untuk dikendalikan baik oleh awam dan tentera menjadi keutaamaan justeru ia dianggap sebagai versi enjin berkembar pengangkutan yang terbaik pada ketika itu. Pesawat penerbangan yang pertama dibeli oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tersebut adalah dengan tujuan untuk menubukan Tentera Udara Diraja Persekutuan (Royal Malayan Air Force) dan ia telah dibeli pada awal tahun 1958 dengan harga 420,000 Ringgit Malaya.
Pesawat yang berlepas daripada syarikat Scottish Aviation di Lapangan Terbang Prestwick, Ayshire, Scotland itu tiba di Malaya pada 17 April 1958 dan telah disambut Tun Abdul Razak selaku Menteri Pertahanan di stesen RAF Sungai Besi yang diringi oleh orang kenamaan Negara dan pegawai RAF. Satu lagi upacara bersejarah telah dilakukan pada 24 April 1958 Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri telah dengan rasminya menamakan pesawat tersebut sebagai “RAJA WALI” iaitu mengambil sempena nama sejenis burung helang yang terkenal.
Pesawat pertama yang akan digunakan untuk tujuan ketenteraan bagi sebuah negara yang baru merdeka itu telah diserahkan kepada Tengku Yaacob, Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu di London, pada satu majlis yang bersejarah di Lapangan Prestwick pada musim bunga awal 1958.
Pesawat itu telah diterbangkan dari Scotland ke Tanah Melayu oleh anak-anak kapal yang dipinjamkan daripada RAF iaitu Flight Lieutenant G. H. Charles sebagai kapten pesawat dan dibantu oleh co-pilot dan anak-anak kapal yang lain. Dengan keadaan krisis Suez pada ketika itu penerbangan melalui ruang udara di kawasan Timur Tengah mungkin tidak memberi keselesaan kepada anak-anak kapal yang diberi tugas untuk menerbangkan pesawat melalui perjalanan yang lama ke Timur Jauh maka persiapan yang rapi dibuat agar misi itu selamat.
Untuk menentukan segalanya berjalan dengan lancar, penasihat RAF kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu Air Commodore A.V.R . Johnstone telah mengarahkan agar tanda kebangsaan (National Marking) pada badan dan sayap dilindungi dengan jalur kanvas dan kapal terbang itu didaftarkan sebagai pesawat awam untuk penerbangan lama ke Jauh Timur.
Semua berjalan dengan baik dan lancar sehinggalah anak-anak kapal berdepan dengan cuaca yang sangat buruk semasa berada di ruang udara Turki dan mereka terpaksa mendaratkan pesawat mereka di lapangan terbang tentera terpencil yang terletak di antara gunung ganang yang memerlukan kecekapan juruterbang untuk mendarat dengan selamat.
Malangnya salah satu jalur kanvas yang memaparkan tanda pesawat awam telah tertanggal semasa dilanda ribut dan ia membuatkan Flight Lieutenant Charles mempunyai tugas yang sukar untuk cuba menjelaskan kepada pegawai rendah Turki yang tidak boleh berbahasa Inggeris tentang situasi yang sebenar.
Pegawai Turki itu merasa kehairanan dengan kahadiran juruterbang RAF yang menerbangkan pesawat daripada United Kingdom yang dia pernah dengar tetapi apabila disebut destinasi pesawat Twin Pioneer dia menggelengkan kepala kerana dia tidak pernah mendengar nama Malaya.
Akhirnya dengan kebijaksanaan Charles, pegawai Turki tersebut telah membenarkan pesawat untuk diisi dengan bahan bakar untuk ia meneruskan destinasi penerbangannya ke lapangan terbang RAF di Sungai Besi, Kuala Lumpur setelah cuaca kembali baik di ruang udara Turki.
Dengan ketibaan pesawat Raja Wali bermulalah sejarah operasi No 1 Skuadron sesuai dengan kelulusan Ordinan Tentera Udara oleh Parlimen Persekutuan pada hari Isnin 2 Jun 1958 yang menandakan tertubuhnya Tentera Udara Diraja Persekutuan (Royal Malayan Air Force).
Sebagai sebuah angkatan yang baru sebahagian kakitangan yang menganggotai pasukan tersebut terdiri daripada pegawai dan kakitangan RAF yang dipinjamkan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan anak-anak watan yang ditukarkan daripada RAF Malaya. No 1 Skuadron telah diamanahkan kepada Flight Lieutenant G A Charles sebagai Squadron Commander yang pertama dan hampir seluruh juruterbang skuadron dan krew serta juruteknik adalah daripada RAF dan mereka bertukar uniform untuk menjadi perintis angkatan udara Malaya yang merdeka.
No 1 Skuadron di tempatkan di pangkalan udara Kuala Lumpur bersebelahan dengan lokasi RAF yang juga menempatkan pesawat RAF yang beroperasi daripada lokasi yang sama sebelum RAF meninggalkan Tanah Melayu.
Bermula hanya dengan sebuah pesawat Raja Wali, No 1 Skuadron telah dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas perhubungan, mengangkut anggota tentera darat ke kawasan operasi, tugas membawa pesakit dan anggota yang cedera CASEVAC dan MADEVAC dan tugas menggugurkan risalah gerak saraf menentang komunis.
Semasa penubuhan Tentera Udara pada 1958 negara masih di dalam era darurat yang diisytiharkan pada 1948, dan secara auomatik pesawat Raja Wali terlibat dengan misi bantuan untuk menangani ancaman darurat yang diisytiharkan tamat pada 1960.
Operasi Raja Wali pada 29 Februari 1960 adalah operasi menggugurkan makanan di kawasan operasi di Betis untuk pasukan keselamatan yang terlibat dengan operasi melawan pengganas komunis dan ia menjadi mercu tanda penglibatan ankatan udara kita dalam misi semasa darurat.
Lima bulan selepas operasi tersebut pesawat Raja Wali yang mempunyai nombor pengenalan FM 1001 itu terlibat dalam tugas keselamatan di sempadan Thai dan ia menjadikan Lapangan Terbang Taiping sebagai pangkalan bertolak untuk operasi di perbatasan Negara. Di samping tugas-tugas rutin, pesawat Raja Wali turut terlibat dengan tugas menggugurkan risalah perang saraf di pangkalan hadapan Indonesia semasa zaman Konfrantasi Indonesia- Malaysia 1963-1965.
Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 sekali gus menukarkan nama Tentera Udara Diraja Persekutuan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan sebagai angkatan udara yang muda TUDM tidak mempunyai sebarang pesawat pejuang untuk pertahanan Negara. Pertahanan udara Malaysia dan Singapura masih menjadi tanggungjawab RAF yang menempatkan pesawat pejuang di Singapura dan pesawat Royal Australian Air Force (RAAF) menempatkan pesawat pejuang mereka di pangkalan udara Butterworth.
Sepanjang perkhidmtannya dengan TUDM 1958-1968 , pesawat Rajawali telah merekodkan 2,500 jam penerbangan dan 5,300 pendaratan dan ia telah diterbangkan buat kali terakhir oleh Air Vice Marshal Dato’ Sulaiaman Sujak, Ketua Turus Tentera Udara pada April 1968.
Khidmat dan jasa pesawat Raja Wali FM 1001 yang dikenali sebagai “The Old Faithful” oleh kakitangan No 1 Skuadron TUDM akan terus dikenang.

Thursday, December 8, 2011
Perang Pasir Panjang penuh getir
Mingguan SIASAH 9-15 Disember 2011
Kejatuhan Singapura kepada Tentera Jepun pada 15 Februari 1942 dianggap sebagai satu kekalahan terbesar dan tamparan hebat dalam sejarah Tentera Darat British dan mungkin kekalahan yang paling teruk yang dialami oleh Britain dalam Perang Dunia Kedua. Kejatuhan Singapura pada tahun 1942 dengan jelas menunjukkan cara Jepun yang pantas menggerakkan ketumbukan tenteranya untuk berjuang di Timur Jauh iaitu gabungan kelajuan dan kekejaman yang hanya berakhir dengan penggunaan bom atom di Hiroshima pada bulan Ogos 1945.
Singapura yang terletak di selatan Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai bahagian yang penting Empayar British dan kononnya ia tidak boleh ditembusi dan ditanggapi sebagai "Gibraltar di Timur Jauh" ternyata ia hanyalah sebuah mitos kerana akhirnya ia jatuh juga ke tangan tentera Jepun. Serangan Jepun melalui Semenanjung Tanah Melayu telah membuatkan semua orang terkejut dan gerakan ketenteraan Jepun di Tanah Melayu tidak pernah memberi peluang untuk tentera British berkumpul semula dan tentera British telah terperangkap dengan serangan besar-besaran oleh tentera Jepun.
Perang Pasir Panjang Semenjak Rejimen Askar Melayu ditubuhkan pada 1933 ia telah beberapa kali digerakkan ke Singapura sebagai aktiviti latihan untuk didedahkan kepada senario ketenteraan yang banyak diwarnai oleh tentera British yang menjadi mentor kepada mereka di Singapura.
Rejimen Askar Melayu akan sentiasa menjadi nostalgia sejarah kewujudan dunia ketenteraan di Negara ini dan pengorbanan awal mereka dengan jiwa raga telah mencatat keberanian mereka hingga ke titisan darah yang akhir setelah Singapura jatuh ke tangan tentera Jepun.
Pertempuran Pasir Panjang yang berlaku pada 13 hingga 14 Februari 1942, merupakan sebahagian daripada peringkat akhir pencerobohan Empayar Jepun di Singapura semasa Perang Dunia Kedua dan pertempuran itu telah dimulakan oleh Tentera Elit Imperial Jepun bergerak ke arah Pasir Panjang Ridge pada 13 Februari.
Seramai 13,000 tentera Jepun telah membuat pendaratan amfibia di bahagian barat laut Singapura berhampiran Pantai Sarimbun dan bergerak ke selatan ke arah Pasir Panjang dan menawan Lapangan Terbang Tengah. 1 Briged Infantri Malaya, yang terdiri daripada Rejimen British Setia 2 di bawah pegawai pemerintah Leftenan Kolonel Mordaunt Elrington, 1 Malaya Rejimen diperintahkan oleh Leftenan Kolonel JRG Andre, yang terdiri daripada kurang daripada tiga bahagian Platun Mortar, Anti-Pesawat Platun dengan Platun Bren Gun Carrier di bawah Kapten RRC Carter sebagai simpanan.
Askar Melayu ditugaskan untuk mempertahankan kawasan yang berhampiran permatang Pasir Panjang, yang dikenali sebagai 'The Gap' dan Briged India 44 mempertahankan lokasi pada sayap kanan kedudukan mereka. Satu platun Askar Melayu yang terdiri daripada 42 anggota di bawah pemerintah Leftenan Muda Adnan bin Saidi telah dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan Bukit Chandu daripada serangan tentera Jepun.
Peperangan pertama antara Rejimen Askar Melayu dan tentera Jepun berlaku pada 13 Februari 1942 dan ketumbukan tenetra Jepun mula menyerang pantai barat daya di sepanjang permatang Pasir Panjang sehinga Jalan Ayer Rajah iaitu Rejimen Infantri 56 Jepun di bawah pemerintah Kolonel Yoshio Nasu yang disokong oleh kuasa senjata meriam menyerang pada waktu pagi.
Salah satu daripada unit yang mempertahankan lokasi adalah Kompeni B Rejimen Melayu yang menerima serangan pasukan Jepun bertalu-talu dengan bantuan senjata berat Jepun iaitu meriam dan kereta kebal dan Jepun memporakperandakan pengunduran kompeni berkenaan.
Dalam pertempuran itu Askar Melayu berjuang dalam pertempuran menggunakan benet menentang Jepun kerana kehabisan peluru dan sebahagian anggota Kompeni B Rejimen Askar Melayu dapat menyelamatkan diri dan setengahnya telah ditawan sebagai tahanan perang Jepun. Pada 14 Februari, Jepun sekali lagi melancarkan serangan berat pada 8.30 pagi, disokong oleh mortar yang kuat dan tembakan meriam, di bahagian hadapan yang dipertahanka oleh Briged Melayu 1.
Pertempuran sengit telah berlaku dan kedua-dua pihak telah mengalami kecederaan dan pada jam 4:00 pagai Jepun melakukan serangan yang disokong oleh kereta-kereta kebal akhirnya berjaya menembusi pertahanan kiri Pasir Panang melalui persimpangan Jalan Ayer Rajah dan Depot dan sepanjang terusan ke Bukit Chermin.
Disebabkan kegagalan unit pada kedua-dua arah 1 Melayu Briged telah berunur i pada 2.30 petang daanKompeni C Askar Melayu telah menerima arahan untuk bergerak ke kedudukan pertahanan yang baru iaitu Bukit Chandu. Bukit Chandu telah dinamakan sempena kilang memproses candu yang terletak di kaki bukit dan ia menjadi tanggungjawab Komponei C Askar Melayu yang bertahan sebagi kiubu terakhir terhadap serangan Jepun.
Tentera Jepun membuat serangan mereka di Bukit Chandu pada waktu petang dengan penipuan berpakain seragam tentera Punjab dan Kompeni C menyaksikan melalui silap mata ini kerana mereka tahu bahawa askar tentera British biasanya berarak di garis tiga manakala askar menyamar dalam empat barisan.
Apabila mereka tiba di garis pertahanan Rejimen Melayu, Skuad Kompeni C melepaskan tembakan adan berjaya membunuh orangtentera Jepun dan jam kemudiannya , Jepun melancarkan serangan habis-habisan banzai dalam jumlah yang besar.
Serangan yang berani oleh Rejimen Melayu diteruskan dan barisan pertahanan dalam swerba kekurangan dokongan logistik seperti kekurangan peluru dan bekalan namun Askar Melayu terus berjuang bersungguh-sungguh menentang kemaraan tentera SJepun.
Kedua-dua pihak yang terlibat dalam pertempuran sengit dengan tangan menggunakan benet dan Lt Adnan bin Saidi yang cedera parah enggan berundur atau menyerah dan sebaliknya menggalakkan Askar Melayu berjuang hingga ketitisan darah yang akhir.
Pertahanan Pasir Panjang musnah di tangan tentera Jepun dan Lt Adnan bin Saidi yang cedera dan tidak dapat melawan dan Jepun berterusan menendang menumbuk dan memukulnya sebelum mengikat dia sebatang pokok ceri dan menikam dia hinga mati.
Itulah saat yang paling tragis dan Askar Melayu terpaksa akur dengan kekalahan dan hero Askar Melayu tidak rela menyerah diri demi matlamat perjuangan dan Perang Pasir Panjang menyaksikan gugurnya ramai perwira daripada Rejimen Askar Melayu semasa Perang Dunia Kedua.
Ramai anggota Askar Melayu yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua semasa berjuang mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura dari pada serangan Jepun khususnya semasa mempertahankan Singapura pada 12 Februari hingga 14 Februari 1942.
Rejimen Askar Melayu mengalami kehilangan 158 orang pegawai dan anggota yang terbunuh termasuk 6 orang pegawai tenetra British, 7 orang pegawai Melayu dan 145 orang lain-lain pangkat dan ramai ramai lagi yang cedera. Itulah sejarah pahit Askar Melayu yang perlu kita renungkan sebagai lambang “TAAT SETIA’ pasukan kepada perjuangan demi Raja dan Negara.

Monday, December 5, 2011
Askar Melayu Benteng Pertahanan Negara
PUSAT Latihan Rekrut di Port Dickson menyaksikan kewujudan sejarah kewujudan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang pertama dan menjadi pemangkin kepada dunia ketenteraan yang dipelopori oleh anak tempatan di negara ini.
Sejarah RAMD bermula pada 1 Mac 1933 dengan 25 orang anggota perintis percubaan. Mereka ialah Osman Enggok, Jantan Abd Rahman, Ismail Tahar, Ibrahim Sidik, Buyong Muhd Yasin, Ahmad Abdullah, Ahmad Nordin C Ngah Abdullah, Abdul Ghafar Abdullah, Ismail Ahmad,Abd Manap Abdullah, Hj Kadir Hh Hassan, LKPl Khamen, Raja lope Nor Rashid Raja Abd Rahman, LKPL Kiffin Ariffin hj Sulaiman, Ahmad Dong Jaafar, Ahmad Ismail Manaf, Naini (Tukang Masak), Abd Rahman Mohd Yasin, Mohamad Kenit,Awang Abdullah, Mosa Ismail, Osman Yunus, Ahmad Samad Abdullah, Md Taib Jais dan Ismail Mahmood Buyong (Tukang Masak).
Penubuhan rejimen itu adalah titik permulaan orang Melayu yang menjadi peribumi Tanah Melayu terbabit dengan pertahanan negara yang sedang dijajah Inggeris ketika itu yang dianggap belum bersedia untuk mempertahankan negara.
Pusat Latihan Rekrut Port Dickson ditubuh pada 1933 hasil desakan pembesar raja-raja Melayu yang menyarankan kepada penjajah Inggeris agar ditubuhkan pasukan askar yang khusus terdiri daripada anak watan untuk mempertahankan tanah air.
Sebelum itu, pasukan Burma Rifles dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan negara. Pada 21 Movember 1932 Jabatan Perang di London bersetuju dengan idea penubuhan askar Melayu. Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan RM70,000 untuk membeli ladang getah milik syarikat Kong Sang di Port Dickson bagi dijadikan kem latihan di bawah penyeliaan tentera British.
Rejimen yang dikenali sebagai Kompeni Percubaan ini mendapat keanggotaannya lebih daripada seribu permohonan yang dipanggil temuduga oleh pegawai daerah dan iklan dalam akhbar serta bantuan penghulu.
Rejimen itu terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai batalion Pertama RAMD pada 1 Januari 1938. batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam bulan sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Tanah Melayu.

Subscribe to:
Posts (Atom)