Friday, March 23, 2012

PROGRAM TENTERA MASUK DESA


TENTERA MASUK DESA
Program Hearts And Minds
Oleh : Mejar Ramli Abdul Rahim (B)

Sejak berpuluh tahun, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melaksanakan program “Jiwa Murni” atau “Hearts and Minds” sebagai usaha bukan ketenteraan untuk masyarakat awam sebagai khidmat komuniti yang diperkenalkan sejak zaman Darurat 1948-1960.

Kalau semasa zaman Darurat apa yang dibuat merupakan program Gerak Saraf atau Psychological Warfare bagi memenangi hati rakyat bagi menjauhkan mereka daripada perjuangan komunis tetapi kesinambungan program itu adalah sebagai satu khidmat ATM kepada masyarakat sesudah negara mencapai kemerdekaan..

Antara usaha yang dibuat ialah menerusi operasi 'Gerak Perang Saraf' (Psychological Warfare Operations) yang mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu "memenangi hati dan minda rakyat" dan "melemahkan segala usaha yang dilaksanakan pengganas komunis".
Program Jiwa Murni itu kini dilaksankan oleh ketiga-tiga cawangan ATM iaitu Tentera Darat (TD), Tentera Laut Diraja Malysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Semua jentera ATM dan anggota tentera digerakkan ke kawasan pendalaman untuk  berkerjasama dengan agensi kerajaan untuk merealisaikan program “Tentera Masuk Desa” untuk membangunkan kawasan pendalaman bukan dengan senapang tetapi dengan peralatan dan sumber manusia.

Dengan adanya projek Jiwa Murni, semua program sivik ATM dapat dikoordinasikan di seluruh Negara yang bertindak sebagai kesinambungan program pembangunan Negara melalui penglibatan ATM yang mempunyai kepakaran, pengalaman dan sumber manusia.

Sebagai satu contoh adalah pembinaan Pusat Perkhidmatan yang telah dibina untuk dimanfaatkan oleh 700 orang Penan sekitar Long Kevok, Hulu Baram Sarawak pada 1991 pihak ATM telah menggerakkan 150 anggota daripada No Skuadron Rejimen Jurutera, 10 Batalion Askar Melayu Diraja (RAMD), No 2 Batalion Renjer Diraja , guru-guru tentera daripada Kor Ajar, pegawai agama dan doktor tentera.

Sebahagian daripada peralatan dan anggota telah diterbangkan oleh helikopter Nuri TUDM ke kawasan pendalaman sebagai komitmen untuk projek “Tentera Masuk Desa” yang mengharumkan nama ATM dan rakyat melihat ATM bukan sahaja sebagai benteng pertahanan Negara tetapi ia juga melakukan sentuhan pembangunan kepada rakyat dan Negara.


Sebagai contoh pada
 1 November 2011  Sekolah Ikhtisas Tentera Udara (SITU) telah menyertai Program Jiwa Murni di Pulau Jerejak, Pulau Pinang yang telah dianjurkan oleh Jerejak & Spa Resort yang bertujuan untuk melaksanakan gotong royong membersih di kawasan peninggalan sejarah di Pulau Jerejak.

Program ini telah dijayakan oleh staf dan pelatih SITU bersama 509 anggota Wataniah Pulau Pinang dan antara tempat pembersihan yang telah dilakukan adalah di tapak penjara dan kawasan perkuburan 1 Malaysia serta kawasan jeti lama di samping itu program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan agensi-agensi lain.

TUDM sejak penubuhannya  sering melakukan kerja-kerja amal seperti menerbangkan doktor ke kawasan pendalaman bagi memberi perkhdimatan kesihatan kepada orang asli di kawasan yang jauh daripada kemudahan jalan darat sebagai khidmat masayarakat .

TUDM juga mengandakan penerbangan ihsan untuk membawa pesakit yang jauh di kawasan pendalaman yang memerlukan rawatan yang segera dengan menerbangkan pesakit ke hospital agar menerima rawatan yang sewajarnya sekiranya perjalanan melalui  jalan biasa akan memudaratkan pesakit untuk menerima rawatan dengan segera.

Penduduk di kawasan pendalaman sepanjang lima dekad yang lalu  telah menikmati khidmat pesawat TUDM yang mengambil risiko terbang di kawasan hutan tebal melalui pelbagai keadaan cuaca demi menyelamatkan rakyat pendalaman yang memerlukan khidmat perubatan di hospital untuk reawatan kecemasan.

TUDM juga mempunyai skuadron yang dikhususkan untuk kerja mencari dan menyelamat (Search and Rescue – SAR) untuk member respon kepada panggilan kecemasan pesawat atau kapal yang diperlukan di laut ataupun kecemasan  di darat seperti mengesan individu yang hilang atau tersesat di dalam hutan.

TUDM memupunyai Skuadron SAR yang dianggotai oleh juruterbang, kakitangan dan komando yang bertugas 24 jam bagi menangani sebarang kecemasan dan mereka mempunayi kakitangan yang terlatih untuk memberi rawatan perubatan kecemasan sebelum mangsa dihantar ke hospital. 

TLDM juga mempunyai peranan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat seperti membuat rondaan demi keselamatan nelayan daripada diganggu oleh lanun termasuh menolong kapal-kapal di laut yang mengalami kecemasan.

TLDM turut terlibat memberi bantuan kemanusiaan kepada kapal asing yang karam di lautan dan menyelamatkan penumpang di samping tugas pencegahan aktiviti penyeludupan yang memberi kesan dari segi ekonomi negara.

Sejak sebelum merdeka lagi semasa zaman penjajah, aktiviti ketenteraan di sekolah telah diperkenalkan umpamanya Malayan Air Training Corps  (FMATC) telah ditubuhkan pada 1950  iaitu aktiviti kadet sekolah yang diadakan setiap hujung minggu tajaan Royal Air Force (RAF) .
ATM mempunyai rangkaian sekolah yang mengadakan aktiviti kadet sekolah bagi mendedahkan stail kehidupan ketenteraan dengan latihan berkawad, menembak, membaca peta dan ilmu asas ketenteraan.dan terdapat kira-kira lebih daripada 300 buah sekolah yang terlibat di seluruh Malaysia yang menjadikan kadet sekolah sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum .
Di universiti pula para siswa mempunyai peluang untuk memasuki Reserve Officers Training Unit (ROTU) yang akan melatih mereka sebagai pegawai kadet dan dilatih selama 3 tahun dan pada akhir pengajian di universiti mereka boleh memasuki ATM sebagai pegawai tentera sepenuih masa.

ATM juga mengenalkan anak “angkat tentera” untuk pelajar sekolah dan diberi peluang untuk tinggal di kem tentera semasa cuti persekolahan untuk mereka merasa dunia yang penuh disiplin  sebagai satu usaha memenangi hati rakyat.

Justeru anggota tentera adalah berasal daripada orang awam, dan akhirnya apabila mereka sudah menamatkan perkhdimatan akhirnya mereka akan kembali ke dunia awam dan menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa maka limpahan bekas tentera ke dunai awam merupakan aset kepada Negara dalam bentuk tenga kerja yang berpengalaman.

Semasa di dalam ATM, anggota tentera dilatih dan dididik dalam ketukangan masing-masing dan apabila mereka menamatkan perkhdimatan, segala ilmu dan pengalaman selama mereka berkhidmat boleh digunakan di dunia awam .

Perkhdimatan semasa di dalam ATM tidak akan menjadi sia-sisa kerana segala amal bakti kepada Negara dan rakyat akhirnya akan menjadi simbol pengorbanan demi pembangunan Negara dan ia boleh dimanfaatkan di dunia dunia awam sebagai sumber tenaga mahir yang telah dicerna semasa dalam dunia tentera.

Cogan kata “tentera dan rakyat berpisah tiada” adalah satu hubungan intim yang tali temali kepada  manusia tentera dan manusia awam dan akhirnya tentera akan pulang ke dunia awam ibarat sirih pulang ke gagang.

1 comment:

  1. Ade kee kem tentera untk cuti skolah? Saya brminat lah. Pm saya ya.

    ReplyDelete