Sunday, May 13, 2012

MUZIUM TUDM

MUZIUM TUDM MERAKAM SEJARAH
PENERBANGAN KETENTERAAN
Oleh: Mejar Ramli Abdul Rahim (B)

Sejarah penerbangan ketenteraan di negara ini bermula pada 1936 apabila penjajah British mewujudkan Straits Settelments Volunteer Air Force (SSAVF) yang dilengkapkan dengan pesawat Hawker Audax dan dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja British – Royal Air Force (RAF) yang telah mengembangkan sayapnya di Timur Jauh.


 Operasi awal penerbangan ketenteraan dipelopori RAF yang menempatkan pesawat-pesawatnya sebelum Perang Dunia Kedua di pangkalan RAF Sungai Besi dan operasinya terencat apabila Jepun melanggar Tanah Melayu dan pangkalan berkenaan diambil alih dan digunakan oleh Tentera Udara Jepun sehingga peran tamat pada 1945.

 Sebagai pangkalan yang bersejarah yang menyaksikan kelahiran Tentera Udara Diraja Persekutuan pada 1958 dan seterusnya bertukar nama menjadi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) justeru penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, pemilhan Pangkalan IUdara Sungai Besi sebagai lokakasi Muzium TUDM memanglah bertepatan dengan sejarahnya yang panjang.

 Muzium TUDM telah dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Ghazali Mohd Seth pada 1985 dan ia dibuka untuk tontonan dan kunjungan orang ramai untuk menghayati sejarah penerbangan ketenteraan di Negara ini.

ini menempatkan pelbagai jenis pesawat tentera yang dimiliki TUDM termasuk pesawat yang dihadiahkan oleh RAF iaitu Harvard Trainer yang pernah beroperasi dan dikendalikan oleh Malayan Auxiliary Air Force sekitar 1950an

 Pesawat pertama Raja Wali yang menjadi aset awal TUDM dipamerkan justeru ia adalah mercu tanda operasi pesawat tentera yang pertama bagi sebuah Negara yang merdeka yang dibeli daripada kerjaaan British dan ia telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu di Scotland pada 1958.

 Pesawat lain yang dipamerkan ialah Chipmunk, Single Pioneer, Alouette III, Cessna 310 (Tirok), Dove, Heron, Piston Provost, Caribou, Albatross, Bulldog, Bell 47, Tebuan, Sabre, Skyhawk, MB 339 Aermacchi, F-5E dan Wasp kepunyaan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) termasuk sebuah kenderaan perisai yang pernah digunakan untuk pertahanan darat.

 Sebagai muzium yang merakamkan sejarah penerbangan ketenteraan di Negara ini ia turut mempamerkan sejarah penerbangan sepanjan satu abad yang bermula di Eropah dan Amerika dan juga era sebelum Perang Jepun dan pasca perang termasuk aktiviti semasa zaman Darurat 1948-1960 yang dipelopori oleh RAF di Tanah Melayu.

 TUDM juga turut terlibat semasa Negara menghadapi ancaman Konfrantasi dan pesawat-pesawat TUDM turut digunakan untuk penerbangan ketenteraan seperti membawa anggota tentera ke kawasan hadapan dan operasi perang sarap dan peralatan tesebut dipamerkan untuk tontonan ramai.
Salah satu diorama yang dipamerkan di Muzium ialah mengenai penerbangan pesawat Hercules C-130 yang mengelilingi dunia semasa operasi menghantar tiang layar untuk pelayar Negara yang mengelilingi dunia dengan menggunakan kapal layar.

 Penglibatan operasi TUDM dalam arena global di bawah panji-panji Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mendapat sentuhan seperti di Namibia, Kemboja, Somalia, Bosnia-Heergovina dan daerah konflik yang lain.

 Sepanjang penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di luar Negara bantuan logistik turut disalurkan oleh pesawat pengangkut Hercuels TUDM melalui penerbangan rutin ke negara-negara yang bergolak turut diberi perhatian.

 Operasi Permaidani untuk membawa pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Mesir ekoran rusuhan di negara berkenaan melibatkan pesawat Hercules TUDM juga dipamerkan sebagai salah satu aktiviti TUDM yang komited dan prihatin terhadap kebajikan akyat.

 Semua misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa dipamerkan sebagai salah satu program yang telah menaikkan imej TUDM di peringkat antarabangsa seperti misi bantuan logistik ke negara yang ditimpa tsunami, gempa bumi dan sebagainya sebagai manifestasi hubungan diplomasi dan persahabatan di peringkat antarabangsa.

 Muzium ini menyediakan kemudahan arkib sejarah kepada pelajar institusi pegajian tinggi atau swasta yang berminat untuk membuat kajian mengenai penerbangan ketenteraan di negara ini dan seterusnya menarik minat masyarakat awam untuk menceburkan diri di dalam TUDM.

 Ada juga kumpulan artifak yang terdapat di dalam muzium ini disumbangkan oleh orang awam yang berminat dengan dunia penerbangan dan menyerahkan koleksi peribadi untuk tontonan ramai seperti yang dilakukan oleh Puan Armstrong balu seorang peminat penerbangan daripada Sarawak.

Satu lagi artifak yang menarik ialah tayar kereta Bomba TUDM yang telah terkena periuk api Khmer Rouge semasa TUDM berkhidmat di Kemboja di bawah panji-panji PBB sebagai manifestasi keberanian dan kesediaan TUDM menghadapi sebarang kemungkinan semasa bertugas di bumi asing.

 Sejarah perjuangan TUDM semasa era Darurat pertama dan Insurgensi kedua turut disentuh dan insiden yang terajis yang mengorbankan anak-anak kapal semasa operasi helikoter Nuri akibat ditembak oleh pengganas komunis turut mewarnai pameran di Muzium TUDM.

 Terdapat ruangan untuk mempamerkan jasa dan mereka yang telah bertungkus lumus semasa operasi melawan pengganas komunis dan yang terkorban dalam misi yang murni untuk memastikan negara bebas daripada ideologi komunis dan mereka telah diberi penghormatan dengan anugerah yang sewajarnya seperti Pingat Gagah Berani dan Pingat Tentera Udara.

 Muzium TUDM turut mempamerikan barisan kepimpinan yang telah mengemudikan oirganisasi pertahanan udara negara sejak penubuhannya di tangan pegawai tinggi RAF sebelum ia diambil alih anak Melayu yang pertama iaitu Air Commodore Datok Sulaiman Sujak pada 1967.

satu artifak yang dipamerkan ialah antena radar Marconi S600 yang merupakan peralatan pertama yang dibeli untuk TUDM pada 1970 turut dipamerkan sebagai mukadimah sistem pertahanan udara yang sebelum itu di bawah tanggungjawab RAF di Timur Jauh yang menempatkan stesen radar di Western Hill Pulau Pinang dan Bukit Gombak Singapura.

 Menurut Pengarah Muzium TUDM Lt Kol Nazri Aziz, sejak dibuka kepada orang ramai pada 1985, muzium tersebut telah menjadi tumpuan pengunjung baik daripada pelawat dalam negeri malah oleh pelawat luar negara terutamanya daripda bekas anggota RAF yang pernah berkhidmat di negara ini.

 Menurut beliau ura-ura untuk menubuhkan Muzium TUDM tercetus pada 1984 dan Brigadier Jeneral Datok Muslim Ayob merupakan Pengerusi Muzium TUDM yang pertama manakala Mejar Vincent Pinto merupakan pegawai pengurus muzium yang pertama sehingga 1990.


 Kini Muzium TUDM tercatat dalam senarai tarikan pelancong Kementerian Pelancongan Malaysia dan lokasinya diibu kota mudah dilawati dan di buka setiap hari kecuali hari Jumaat dan kemasukan adalah percuma.