Saturday, March 31, 2012

MELAHIRKAN JURUTERBANG JET PEJUANG

MELAHIRKAN JURUTERBANG PEJUANG
Oleh Mejar Ramli Abdul Rahim (B)
Pesawat pejuang dan juruterbang yang menerbangkannya adalah pahlawan udara dan ini disaksikan semasa peperangan udara mula di perkenalkan dalam Perang Dunia Pertama di Eropah pada 1914 dan di daerah konflik sepanjang zaman baik di Timur Tengah, Korea, Vietnam, Falkland dan Republik Balkan.
Perang Dunia Kedua menyaksikan bagaimana Britain menjadi sasaran angkatan udara Jerman  dan “Battle of Britain” merupakan medan pertempuran udara yang paling sengit menyaksikan juruterbang pejuang kedua pihak yang berperang untuk memusnahkan pesawat antara satu sama lain.
Angkatan udara Jepun yang terkenal dengan juruterbang Kamikaze beraksi di medan Pasifik dengan serangan ke atas Pearl Harbour dan angkatan laut British dikecewakan dengan serangan Jepun yang menenggelamkan kapal Prince of Walse dan Repulse di Laut Cina Selatan semasa Perang Pasifik sedang memuncak.
Pesawat pejuang direka untuk memusnahkan seteru dan menguasai kekuatan udara di medan konflik dan pesawat yang mempunyai kekuatan (superiority) akan digeruni musuh dan ia menjadi aspirasi dan faktor yang diambil kira oleh pereka pesawat berkenaan.
Kejayaan dalam pertarungan udara (Air Combat) semasa Perang Dunia  Pertama dan Kedua terletak kepada sikap agresif juruterbang pejuang yang menggunakan pesawat sebagai platform senjata dengan berkesan dan mengalahkan lawan.
Setelah hampir satu abad berlalu, kini pesawat pejuang dilengkapi dengan sistem persenjataan yang canggih dengan menggunakan peluru berpandu yang dilancarkan daripada pesawat dengan konsep “fire and forget” sebab peluru berpandu yang dilancarkan itu akan mencari sasarannya sendiri.
Apabila peluru berpandu telah diarahkan kepada sasaran maka ia akan mencari sasaran yang telah diset oleh juruterang dan apa yang diperlu dibuat oleh juruterbang hanyalah menekan butang  senjata dan selepas itu segala gerakan senjata adalah secara automatik.
Dengan perkembangan persenjataan yang berubah tersebut  keperluan memahami dan mengendalikan sistem persenjataan elektronik dengan berkesan menjadi keutamaan untuk melahirkan juruterbang pejuang dalam zaman yang serba mencabar.

Calon juruterbang pejuang sudah semestinya telah menjalani latihan asas penerbangan dan mendapat sayap penerbangan dan mempunyai kecenderungan untuk menerbangkan pesawat yang pantas dan berbeza dengan pesawat penumpang yang terbang “straight and level” sahaja.
Kehandalan untuk bertarung di udara menjadi kurang penting justeru taktik peperangan udara hanya akan diaplikasikan apabila musuh bisa mengelak peluru berpandu yang telah dilancarkan ‘beyond visual range’ maka pada masa itulah juruterbang pejuang akan berhadapan dengan musuh sama ada satu lawan satu atau lebih pesawat musuh.
Dalam pertarungan ketat (Close Combat) pesawat pejuang mutakhir kebanyakannya mempunyai kuasa enjin yang melebihi berat badan dan sistem control dan persenjataan berkomputer yang dapat digerakkan untuk membuat pelbagai ‘maneavoure’ bagi menghadapi musuh.
Kecanggihan teknologi pesawat dapat mengimbangkan kelemahan kehandalan juruterbang yang mengendalikan pesawat dan jika mereka dilatih untuk menghadapi
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mula didedahkan dengan operasi pesawat pejuang  pada 1967 apabila ia dilengkapkan dengan pesawat Tebuan yang dibeli daripada Canada dan pada 1969 TUDM telah  dihadiahkan pesawat Sabre oleh kerajaan Australia untuk menubuh skuadron pertahanan udara.
TUDM menjadi angkatan udara pertama di rantau Asia Tenggara yang dilengkapkan dengan pesawat pejuang supersonik dengan pembelian pesawat F-5E daripada Amerika Syarikat pada tahun 1975.
Dengan kehadiran pesawat pejuang di dalam inventori TUDM, latihan ditumpukan untuk melahirkan juruterbang pejuang yang mahir dengan taktik pertarungan udara dan serangan udara ke bumi dengan menggunakan pesawat pejuang.
Kemahiran dan ketangkasan dalam taktik amat penting kepada juruterbang pejuang kerana ia adalaah pra-syarat  untuk menguasai pesawat sebagai platform senjata dan juga penilaian individu dan ia adalah satu keserasian antara manusia dan mesin.
Juruterbang pejuang TUDM dilatih untuk mengendalikan pesawat ke peringkat yang maksimum bagi melaksanakan tugasan mengikut fungsi skuadron seperti taktik serangan, pertahanan dan tinjauan dari udara.
Juruterbang didedahkan dengan latihan sesama sendiri dan tentera negara asing seperti dengan Thailand untuk latihan “Air Combat: dengan menggunakan fasilitas Air Combat Maneauvering Instrumentation (ACMI) untuk memberi susana pertempuran yang realistik.
Selain daripada latihan teori dan penerbangan, aspek lain yang ditekankan untuk melahirkan juruterbang pejuang ialah mencernakan sikap pejuang dengan membentuk sikap mental dan kerelaan diri untuk berjuang dan semangat patriotik demi negara yang menjadi objek untuk dipertahankan.
Satu ciri asas yang dibina sebagai falsafah juruterbang pejuang ialah kamahuan untuk menjadi juruterbang kerana tanpa kemahuan daripada diri juruterbang itu sendiri maka matlamat untuk berkerja dalam satu kumpulan tidak akan tercapai kerana peperangan bukan satu kerja perseorangan.
Elemen kedua adalah dispilin diri kerana tanpa disiplin segala tugasan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan dan juruterbang pejaung mestilah menghadapi sesuatu cabaran musuh dengan tenang   dan mengikut arahan ketua felait penerbangan sesuatu misi.
Elemen ketiga yang perlu dicernakan dalam minda juruterbang pejuang ialah ketagih untuk menang  kerana itu merupakan rempah ratus pejuang di medan perang yang bergerak daripada satu daerah eprang kepada daerah perang yang lain.
Era pesawat pejuang menyaksikan pelbagai perkembangan seperti “ Very High Speed Integrated Circuitry “ (VHSIC), ‘Head-Up Display (HUD), sistem “Forward Looking Infrared” (FLIR), “Low Attitude Navigation and Targeting Infrared for Night” (LANTIRN) adalah sinonim dengan peralatan pesawat pejuang moden.
TUDM sendiri yang pada awal usianya bergantung dengan pesawat pejuang blok barat, ia telah memunyai aset persenjataan daripada negara bekas Soviet yang mengimbangi variasi pesawat pejuang dalam inventori.
Untuk melahirkan juruterbang pesawat pejuang ia adalah satu proses yang berkesinambungan kerana terdapat perbezaan di antara juruterbang yang menerbangkan pesawat pejuang dan juruterbang pesawat pejuang itu sendiri.

Friday, March 23, 2012

PROGRAM TENTERA MASUK DESA


TENTERA MASUK DESA
Program Hearts And Minds
Oleh : Mejar Ramli Abdul Rahim (B)

Sejak berpuluh tahun, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melaksanakan program “Jiwa Murni” atau “Hearts and Minds” sebagai usaha bukan ketenteraan untuk masyarakat awam sebagai khidmat komuniti yang diperkenalkan sejak zaman Darurat 1948-1960.

Kalau semasa zaman Darurat apa yang dibuat merupakan program Gerak Saraf atau Psychological Warfare bagi memenangi hati rakyat bagi menjauhkan mereka daripada perjuangan komunis tetapi kesinambungan program itu adalah sebagai satu khidmat ATM kepada masyarakat sesudah negara mencapai kemerdekaan..

Antara usaha yang dibuat ialah menerusi operasi 'Gerak Perang Saraf' (Psychological Warfare Operations) yang mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu "memenangi hati dan minda rakyat" dan "melemahkan segala usaha yang dilaksanakan pengganas komunis".
Program Jiwa Murni itu kini dilaksankan oleh ketiga-tiga cawangan ATM iaitu Tentera Darat (TD), Tentera Laut Diraja Malysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Semua jentera ATM dan anggota tentera digerakkan ke kawasan pendalaman untuk  berkerjasama dengan agensi kerajaan untuk merealisaikan program “Tentera Masuk Desa” untuk membangunkan kawasan pendalaman bukan dengan senapang tetapi dengan peralatan dan sumber manusia.

Dengan adanya projek Jiwa Murni, semua program sivik ATM dapat dikoordinasikan di seluruh Negara yang bertindak sebagai kesinambungan program pembangunan Negara melalui penglibatan ATM yang mempunyai kepakaran, pengalaman dan sumber manusia.

Sebagai satu contoh adalah pembinaan Pusat Perkhidmatan yang telah dibina untuk dimanfaatkan oleh 700 orang Penan sekitar Long Kevok, Hulu Baram Sarawak pada 1991 pihak ATM telah menggerakkan 150 anggota daripada No Skuadron Rejimen Jurutera, 10 Batalion Askar Melayu Diraja (RAMD), No 2 Batalion Renjer Diraja , guru-guru tentera daripada Kor Ajar, pegawai agama dan doktor tentera.

Sebahagian daripada peralatan dan anggota telah diterbangkan oleh helikopter Nuri TUDM ke kawasan pendalaman sebagai komitmen untuk projek “Tentera Masuk Desa” yang mengharumkan nama ATM dan rakyat melihat ATM bukan sahaja sebagai benteng pertahanan Negara tetapi ia juga melakukan sentuhan pembangunan kepada rakyat dan Negara.


Sebagai contoh pada
 1 November 2011  Sekolah Ikhtisas Tentera Udara (SITU) telah menyertai Program Jiwa Murni di Pulau Jerejak, Pulau Pinang yang telah dianjurkan oleh Jerejak & Spa Resort yang bertujuan untuk melaksanakan gotong royong membersih di kawasan peninggalan sejarah di Pulau Jerejak.

Program ini telah dijayakan oleh staf dan pelatih SITU bersama 509 anggota Wataniah Pulau Pinang dan antara tempat pembersihan yang telah dilakukan adalah di tapak penjara dan kawasan perkuburan 1 Malaysia serta kawasan jeti lama di samping itu program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan agensi-agensi lain.

TUDM sejak penubuhannya  sering melakukan kerja-kerja amal seperti menerbangkan doktor ke kawasan pendalaman bagi memberi perkhdimatan kesihatan kepada orang asli di kawasan yang jauh daripada kemudahan jalan darat sebagai khidmat masayarakat .

TUDM juga mengandakan penerbangan ihsan untuk membawa pesakit yang jauh di kawasan pendalaman yang memerlukan rawatan yang segera dengan menerbangkan pesakit ke hospital agar menerima rawatan yang sewajarnya sekiranya perjalanan melalui  jalan biasa akan memudaratkan pesakit untuk menerima rawatan dengan segera.

Penduduk di kawasan pendalaman sepanjang lima dekad yang lalu  telah menikmati khidmat pesawat TUDM yang mengambil risiko terbang di kawasan hutan tebal melalui pelbagai keadaan cuaca demi menyelamatkan rakyat pendalaman yang memerlukan khidmat perubatan di hospital untuk reawatan kecemasan.

TUDM juga mempunyai skuadron yang dikhususkan untuk kerja mencari dan menyelamat (Search and Rescue – SAR) untuk member respon kepada panggilan kecemasan pesawat atau kapal yang diperlukan di laut ataupun kecemasan  di darat seperti mengesan individu yang hilang atau tersesat di dalam hutan.

TUDM memupunyai Skuadron SAR yang dianggotai oleh juruterbang, kakitangan dan komando yang bertugas 24 jam bagi menangani sebarang kecemasan dan mereka mempunayi kakitangan yang terlatih untuk memberi rawatan perubatan kecemasan sebelum mangsa dihantar ke hospital. 

TLDM juga mempunyai peranan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat seperti membuat rondaan demi keselamatan nelayan daripada diganggu oleh lanun termasuh menolong kapal-kapal di laut yang mengalami kecemasan.

TLDM turut terlibat memberi bantuan kemanusiaan kepada kapal asing yang karam di lautan dan menyelamatkan penumpang di samping tugas pencegahan aktiviti penyeludupan yang memberi kesan dari segi ekonomi negara.

Sejak sebelum merdeka lagi semasa zaman penjajah, aktiviti ketenteraan di sekolah telah diperkenalkan umpamanya Malayan Air Training Corps  (FMATC) telah ditubuhkan pada 1950  iaitu aktiviti kadet sekolah yang diadakan setiap hujung minggu tajaan Royal Air Force (RAF) .
ATM mempunyai rangkaian sekolah yang mengadakan aktiviti kadet sekolah bagi mendedahkan stail kehidupan ketenteraan dengan latihan berkawad, menembak, membaca peta dan ilmu asas ketenteraan.dan terdapat kira-kira lebih daripada 300 buah sekolah yang terlibat di seluruh Malaysia yang menjadikan kadet sekolah sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum .
Di universiti pula para siswa mempunyai peluang untuk memasuki Reserve Officers Training Unit (ROTU) yang akan melatih mereka sebagai pegawai kadet dan dilatih selama 3 tahun dan pada akhir pengajian di universiti mereka boleh memasuki ATM sebagai pegawai tentera sepenuih masa.

ATM juga mengenalkan anak “angkat tentera” untuk pelajar sekolah dan diberi peluang untuk tinggal di kem tentera semasa cuti persekolahan untuk mereka merasa dunia yang penuh disiplin  sebagai satu usaha memenangi hati rakyat.

Justeru anggota tentera adalah berasal daripada orang awam, dan akhirnya apabila mereka sudah menamatkan perkhdimatan akhirnya mereka akan kembali ke dunia awam dan menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa maka limpahan bekas tentera ke dunai awam merupakan aset kepada Negara dalam bentuk tenga kerja yang berpengalaman.

Semasa di dalam ATM, anggota tentera dilatih dan dididik dalam ketukangan masing-masing dan apabila mereka menamatkan perkhdimatan, segala ilmu dan pengalaman selama mereka berkhidmat boleh digunakan di dunia awam .

Perkhdimatan semasa di dalam ATM tidak akan menjadi sia-sisa kerana segala amal bakti kepada Negara dan rakyat akhirnya akan menjadi simbol pengorbanan demi pembangunan Negara dan ia boleh dimanfaatkan di dunia dunia awam sebagai sumber tenaga mahir yang telah dicerna semasa dalam dunia tentera.

Cogan kata “tentera dan rakyat berpisah tiada” adalah satu hubungan intim yang tali temali kepada  manusia tentera dan manusia awam dan akhirnya tentera akan pulang ke dunia awam ibarat sirih pulang ke gagang.

Friday, March 16, 2012

MALAYA DARURAT1948-1960

Mingguan Siasah 16-22 Mac 2012

DARURAT MALAYA 1948-1960
Bahan Renungan
Oleh: Mejar Ramli Abdul Rahim (B)

Kerajaan British telah mengisytiharkan Darurat di Tanah Melayu pada 16 Jun 1948  ekoran  pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput Perak oleh pengganas komunis dan tempoh Darurat itu berlangsung selama 12 tahun iaitu daripda 1948-1960 merupakan titik hitam dalam sejarah Negara yang perlu dijadikan bahan renungan generasi terkini.
Zaman Darurat adalah zaman perjuangan yang mencabar bagi rakyat yang masih di bawah pemerintahan penjajah British untuk mengharungi saat getir menghadapi ancaman pengganas komunis iaitu tidak berapa lama setelah Tanah Melayu dijajah Jepun yang turut menyedarkan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.
Ancaman komunis di negara ini yang bermula pada tahun 1948 hanya berakhir dengan termeterainya Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) pada 2 Disember 1989 dengan
perjanjian bersejarah itu ditandatangani antara Parti Komunis Malaya (PKM), kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand walaupun ia diisytiharkan tamat pada 1960.
Tahun 1948 hingga 1960 adalah  zaman yang sukar bagi  penduduk Tanah Melayu justeru darurat yang berlaku sepanjang tempoh 12 tahun itu berlaku akibat persengketaan antara PKM dengan kerajaan British dan PKM diharamkan sebulan selepas pengisytiharan darurat tersebut.

Sepanjang tempoh darurat tersebut, banyak pertempuran berlaku antara tentera British yang  dibantu beberapa rejimen Askar Melayu dan tentera serta angkatan udara Commonwealth seperti tentera Gurkha, Fiji dan Rhodesia sebuah Negara di Afrika Selatan, Tentera Udara Diraja  New Zealand (RNZAF) dan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF)  bagi  menghapuskan anasir komunis .
Pelbagai langkah diambil pihak berkuasa sepanjang tempoh darurat  termasuk  operasi 'Gerak Perang Saraf' (Psychological Warfare) yang mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu "memenangi hati dan minda rakyat" (Hearts and Minds)  dan "melemahkan segala usaha yang dilaksanakan musuh".

Kematian Pesuruhjaya Tinggi  Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 semasa dalam perjalanan  ke Bukit Fraser  adalah satu tamparan hebat  dan berita yang mengejutkan kepada seluruh dunia itu merupakan tragedi yang melukakan penjajah dan rakyat dan ia sebaliknya  menjadi perangsang kepada perjuangan komunis di Tanah Melayu.
Gerakan komunis bermula selepas  pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 dan semangat Nasionalisme penduduk Tanah Melayu adalah hasil daripada  pengaruh Jepun semasa penjajahannya yang telah mendorong penduduk Tanah Melayu untuk bekerajaan sendiri.


Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong akan terus terus menjadi kenangan  kekejaman pengganas komunis semasa zaman darurat yang melakukan serangan terhadap  balai polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 yang dilakukan  oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis yang bermula sekitar jam 5.00 pagi.

Dalam kejadian tersebut,  17 orang anggota terkorban dan para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur dan dua  orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Pada masa awal darurat 1948, Min Yuen (Gerakan Rakyat) yang ditubuhkan oleh PKM  telah menyokong pemberontakan yang dilakukan oleh komunis dan sebahagian besarnya dianggotai oleh orang Cina dan tujuannny adalah  untuk memberi maklumat dan membekalkan makanan serta ubat-ubatan kepada komunis.

Pergerakan mereka berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawasan
berhampiran hutan dan bukan  semua orang Cina menyertai Min Yuen secara sukarela tetapi terpaksa berbuat demikian kerana takut ancaman maut dan mereka merasa serba salahkerana kalau mereka menyokong kerajaan, mereka akan dibunuh oleh pengganas komunis.

Kegiatan Min Yuen sukar dikesan kerana mereka menjalankan operasinya pada sebelah malam dan untuk melumpuhkan pergerakan Min Yuen, satu pelan tindakan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs telah dijalankan bagi memindahkan penduduk Cina dipinggir-pinggir hutan ke kawasan penempatan baru yang dikawal.


Untuk menunjukkan simpati PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League),  namun pemogokan itu telah gagal dengan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM dan seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata sebagai modus operandi mereka untuk mencapai matlamat mendapatkan kuasa.

Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis dan perintah berkurung dikuatkuasakan di kawasan yang disyaki menjadi laluan PKM.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan di antara PKM dan  Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu  dan  Rundingan Baling telah dibuat pada 28-29 Disember 1955 di Sekolah Rendah Baling, Baling , Kedah Darul Aman tanpa menghasilkan natijah yang konkrit.

Kerajaan  menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah dan pihak kerajaan tidak akur dengan permintaan Chin Peng.

Sejak 1948 elemen bukan tentera yang berperanan untuk membuat sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards iaitu di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.

Undang-undang Darurat yang diperkenalkan British menekankan setiap politik yang bersifat radikal akan diharamkan, sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri dan hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.

Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960 dan dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dikuatkuasakan seramai  kira-kira 11,000 nyawa telah terkorban terkorban termasuk 2500 orang awam yang tidak tiadk terlibat dengan konflik dengan anggota PKM.

Selama 12 tahun British menggunakan aset pesawat Royal Air Force (RAF) yang berpangkalan di Singapura untuk melakukan operasi pengeboman ke atas sarang komunis di Tanah Melayu termasuk operasi menggugurkan risalah dari udara menyeru anggota PKM menyerah diri.



Perjuangan menghadapi komunis adalah kombinasi perjuangan rakyat dan Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu, Sir Henry Gurney telah mengadakan kempen ‘Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis’ yang melibatkan 500, 000 orang dan dalam kempen tersebut  mereka membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis dan membakar patung-patung komunis serta mengadakan rapat umum.

Darurat Malaya menawarkan banyak pelajaran yang menarik sebahagian besar yang telah diabaikan oleh Amerika Syarikat dalam konflik di Vietnam 1965-1975 justeru  Malaya berjaya menghalau pemberontakan komunis yang dianjurkan terutamanya disebabkan oleh pihak berkuasa yang komited dan pengaruh  orang-orang seperti Briggs dan Templer dan komunis berfikir mereka boleh menang dengan cara ketenteraan.

Bagi rakyat Malaysia hari ini, kita harus menghargai pengorbanan generasi silam yang bertungkus lumus untuk menjadikan negara ini aman damai sebagai bumi tumpah  darah kita yang sewajarnya dipertahankan bersama dengan apa cara juga sekalipun demi kesinambungan generasi sebuah negara yang tercinta.

Dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British yang ditanggapi  sebagai parti politik yang radikal ia  telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan  kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa mereka di dalam ‘The Malayan Peoples Anti-Japanese Army’  (MPAJA) menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Monday, March 12, 2012

SEBATANG KARAH


MUKADIMAH PEGAWAI TENTERA
KENANGAN DI  SEBATANG KARAH
Oleh: Mejar Ramli Abdul Rahim (B)

Sejarah institusi latihan bagi melatih pegawai tentera bermula pada 1952 sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dengan penubuan  Federation Military College (Maktab Tentera Persekutuan) di Port Dickson Negeri Sembilan yang dikhususkan untuk melatih pegawai Tentera Darat (TD).

Ia dianggap sebagai Akademi Sandhurst untuk Tanah Melayu dan ia diperintah oleh pegawai Tentera British dan jurulatihnya juga terdiri daripada pegawai dan anggota Tentera British yang berkhdimat di Tanah Melayu pada ketika itu.

Komandan  Maktab Tentera Persekutuan yang pertama ialah Lt Col J Mahoney iaitu daripada tahun 1953 sehingga 1955 dan jawatan tersebut dipegang oleh pegawai tentera British sehingga 1966 apabila  ia diambil alih oleh anak tempatan iaitu oleh Kol Abdul Jamil bin Ahmad yang memegang jawatan berkenaan daripada  1967 hingga 1968.

Pada 20 Jun 1961, Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Malaya telah merasmikan kompleks baru dewan yang megambisempena Pesuruhjaya Tinggi Field Marshal Sir Gerald Templer di Sungai Besi setelah berpinda daripada Port Dickson.

Pada  9 Disember 1966 dalam satu majlis yang diadakan di Maktab Tentera di Sungai Besi , Yang di-Pertuan Agong telah menganugerahkan gelaran ‘Diaraja” kepada FMC dan ini merupakan satu penghormatan besar bagi kolej untuk instusi pendidikan lain dalam sejarah negara yang mempunyai gelaran ‘Diraja” yang dikruniakan ke atasnya dan sejak 1966 Maktab Tentera Persekutuan dikenali sebagai Maktab Tentera Diraja.
Maktab Tentera Persektuan bertukar nama dengan pembentukan Malaysia dan apabila ia mendapat gelaran Diraja ia dinamakan Maktab Tentera Diraja dan maktab ini menggabungkan Pre-officer Cadet  Training Unit (Pre-OCTU) dan pelajar putera yang mengikut pelajaran akademik dan sebahagian besarnya memasuki perkhdimatan tentera.

Bagi pegawai-pegawai Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang pernah dilatih sebagai pegawai kadet  di Maktab Tentera Diraja sekitar 1970 hingga awal 1980an tidak akan melupakan latihan mukadimah untuk menjadi pegawai kadet yang dilaksanakan  di Kem Sebatang Karah Port Dickson kira-kira 16 kilometer daripada Bandar Port Dickson.

Latihan selama 4 bulan sebelum menjalani latihan pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja dilaskanakan sebagai persiapan latihan sebenar dengan persiapan mental dan fizkikal yang sungguh mencabar akan menjadi nostalgia hatta setelah mereka  meninggalkan dunia tentera.

Kem Sebatang Karah telah wujud dalam awal tahun 60an dan digunakan untuk perbincangan rahsia pegawai-pegawai tinggi tentera menyusun strategi untuk menghadapi ancaman Konfrantasi yang diisytiharkan oleh Presiden Soekarno ekoran penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

 Selama beberapa tahun kemudian Kem Sebatang Karah telah dijadikan sebagai tempat untuk melatih pasukan Komando dan ia dilengkapkan dengan peralatan dan kemudahan tanah lasak dengan kawasan merentas halangan bagi menambah daya kekuatan fizikal komando sebelum latihan tersebut berpindanh ke Kem Sungai Udang di Melaka.

Mendengar bunyi Kem Sebatang Karah sahaja sudah menaikkan bulu roma dan nama itu akan menjadi igauan ngeri kepada Bakal Pegawai Kadet (BPK) yang semuanya adalah remaja yang baru menamatkan persekolahan dan baru akan didedahkan kepada latihan ketenteraan sebelum mengikuti latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi.

Bagi BPK melalui sahaja kawasan kawad berduri kem sudah merangsang antara bimbang, ragu, dan tidak pasti apakah memasuki tentera untuk menjadi pegawai adalah satu pilihan yang tepat apatah lagi apabila melihat menara junam maut yang boleh di lihat daripada tepi jalan yang menyambungkan Bandar Port Dickson dengan Bandar lain sepanjang pantai.

BPK yang biasanya sampai dengan keretapi Seremban akan diambil dengan trak askar dan dibawa ke Kem Sebatang Karah untuk menjalani latiahn selama empat bulan di PRE-OCTU sebagai mukadimah untuk menjadi seorang pegawai tentera dan lokasi berkenaan dijadikan pusat melatih bakal pegawai TD dan TUDM.

Apa yang akan menjadi mangsa kepada remaja yang telah dipilih untuk menjadi BPK adalah rambut mereka akan digunting stail GI (Tentera Amerika) botak licin dan itu merupakan agenda pertama untuk mengkondisikan remaja awam untuk menjalani kehidupan sebagai anggota tentera yang berdisplin.

Pakaian latihan tentera seperti topi hutan, beret, uniform, baju hujan, but askar, but hutan, kiwi kasut, berus aksut, beg askar, tuala mandi, tali pinggang hutan, pinggan, pisau, mangkuk, sudu, garpu, kelambu semua akan diberikan kepada BPK.

Hari pertama BPK mendapat pengalaman baru dengan hidangan nasi kawah dan apa yang dihidangkan oleh tentera kepada setiap pelatih yang menjalani latihan ketenteraan akan menjadi kenangan sepanjang hayat kerana itu akan menjadi rutin sepanjang perkhdimatan sekiranya terlibat di dalam operasi ketenteraan.

Hari kedua adalah hari merasakan manisnya menjadi BPK setelah mendapat taklimat dan keperluan yang ada bagi setiap BPK, tidur pada hari malam kedua menjadi tidak nyenyak kerana pada keesokan harinya tika matahari belum timbul lagi, BPK akan berbaris untuk membuat latihan jasmani dengan rutin berlari sejauh 5 kilometer.
Sampai di kem BPK akan dihidangkan dengan pelbagai item merentas halangan seperti merangak di bawah kawad berduri, meniri jambatan mini gantung, merentasi tembok 8 kaki, melompat kolam beracun dan sebagainya.

Modul pertama untuk menjadi tentera adalah latihan di padang kawad kerana ia adalah manifestasi tentera yang berdisplin dengan mendengar arahan jurulatih kawad sebagai mukadimah kesetiaan kepada ketua apabila berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) nanti.

Sebatang Karah ada pencerna pemikiran dan kekuatan fizikal untuk menjadikan manusia awam menengarungui kehidupan di dalam tentera yang mempunyai budaya kerja yang berbeza dengan kakitangan awam kerana mereka nantinya akan tertakuluk kepada undang-undang awam dan juga undang-undang tentera.

Kini Kem Sebatang Karah dijadikan pusat latihan Armor dan terdapat ura-aura untuk dijadikan kampus cawangan Universiti Pertahanan Nasional dan bekas temnpat latihan komando dan BPK terus menjadi minat untuk kunjungi oleh bekas pegawai tentera dan mereka yang masih berkhidmat untuk mengimbau kembali  saat-saat mereka menjalani latihan ketenteraan yang tidak secara langsung menjadikan mereka menjadi manusia kental. 

Bagi bekas pegawai TD Mejar Abu Kassim Jadi (Bersara) yang mendapat latihan di Seabatang Karah  menyatakan bahawa pusat latihan tersebut yang pernah wujud pada 1970 hingga awal 80an telah memberi kesan terhadap dirinya kerana ia member ikekuatan fizikal dan kekuatan dalam untuk mengharungi hidup bukan sahaja semasa dalam tentera tetapi setelah bersara.

Nama jurulatih pendidikan jasmani (Physical Training Instructor -PTI) seperti Mudzerin Rebu dan nama jurulatih kawad seperti Sarjan Yusof Senawi akan sentiasa menjadi kenangan dan sebutan terutamanya apabila diadakam majlis pertemuan Intake masing-masing.

Bagi bekas jurterbang Nuri TUDM Kapoten Shariff Abass pula bagainya pengalaman di SebatangKarah adalah fasa kehidupan yang tidak dapat dilupakannya kerana itu satu kitaran hidup yang merubah kehidupannya daripda seorang awam kepada seorang tentera dan dierkenalkan dengan penggunaan senjata.

Kini Kem Sebatang Karah tidak lagi wujud namun bagi BPK yang pernah mendapat latihan di situ dan seterusnya ditaulaiahkan sebagai peagwai di Maktab Tentera Diraja, ia adalah rempah ratus kehidupan yang mansi dan pahit yang mematangkan jati diri dan akan terus men jadi nostalgia sepanjang hayat.

Friday, March 2, 2012

WADAH KOMUNIKASI TUDM

BERITA UDARA WADAH KOMUNIKSI TUDM
Oleh: Mejar Ramli Abdul Rahim (B)


Edisi Januari 2012 Majalah Berita Udara yang diterbitkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)lagi telah melakar sejarah apabila berjaya menerbitkan majalah Berita Udara berwajah baru dan penerbitan berkenaan telah disediakan oleh Sekretariat Markas Tentera Udara yang diketuai oleh Brig Jen Dato’ Jamal bin Abu Bakar TUDM.

Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM, telah diberi penghormatan untuk menjadi pembaca pertama edisi baru penerbitan berkenaan bersama isteri beliau , Puan Sri Datin Sri Asnah binti Din selaku Pengerusi BAKAT Udara.

Menyingkap sejarah penerbitan yang telah berusia lebih 40 tahun tersebut, mereka yang bertanggungjawab untuk menerbitkan majalah berita yang yang menjadi sumber maklumat dalamamn organisasi TUDM adalah terdiri daripada anggota Tentera Udara British (Royal Air Force –RAF) yang dipinjamkan kepada TUDM.
Warrant Officer R.D. Hicks adalah anggota RAF bertanggungjawab menjadi perintis dan merupakan editor pertama majalah Berita Udara yang mula diterbitkan pada bulan Mac 1966 yang menjadi sumber berita organisasi TUDM pada ketika itu.

Majalah bulanan berita yang menjadi wadah komunikasi dan sumber maklumat itu dijual dengan harga 20 sen dan memuatkan berita-berita aktiviti TUDM dan ia menjadi bacaan santai di samping menjadi sumber berita ia juga menjadi wadah untuk semua warga TUDM berinterakasi antara satu sama lain.

Oleh sebab dalam era tahun 60-an ramai anggota RAF yang dipinjamkan kepada TUDM maka tidak hairanlah mereka menjadi tenaga penggerak TUDM di samping anak watan yang menganggotai organisasi yang dalam proses pembangunan setelah ditubuhkan pada tahun 1958.

Mereka yang menjadi perintis di samping Warrant Officer R.D. Hicks ialah Sgt R. Clarey, CH/TCH Bignell dan Sgt Blythe dan mereka mengendalikan Berita Udara dari bulan 1966 sehingga Februari 1967 dan Berita Udara pada awal usianya kandungannya hampir 95 % di dalam Bahasa Inggeris.

Lt Onn Bhoy Abbasbhoy iaitu pegawai Tentera Darat daripada Kor Pelajaran yang bertugas di TUDM Kuala Lumpur telah mengambil alih jawatan editor Berita Udara pada Mac 1967 dan penerbitan Berita Udara terhenti pada hujung 1968.

Setelah Berita Udara terkubur selama 10 tahun ia telah dihidupkan semula pada 1977 oleh Mej (U) Abas Mokmin (bersara Mejar Jeneral) dan tugas itu disambung oleh Mej(U) Mathew Chandy dan sekali lagi Berita Udara terhenti penerbitannya pada pertengahan 1978.

Penerbitan Berita Udara sejak 1981 berjalan lancar dan sejak itu sehingga kini Berita Udara terus menjadi bacaan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga TUDM untuk mengikuti perkembangan yang berlaku di dalam organisasi.

Berita Udara menjadi wadah komunikasi dan apabila diterbitkan semula pada 1981 ia telah menjadi premis untuk warga TUDM meluahkan apa yang difikirkan positif dan ia menjadi maklum balas kepada seluruh hirarki dalam TUDM.

Ruangan “Forum” dan “Surat Kepada Editor” menjadi minat pembaca TUDM di samping rencana yang formal berbentuk ketenteraan dan motivasi untuk dikongsi seluruh anggota untuk menjadikan TUDM sebuah pasukan tentera yang kredibel.

Banyak tulisan yang kontroversial turut dimuatkan di dalam Berita Udara sekitan 1980-an adalah bahan kritikan yang boleh dijadikan bahan renungan kerana penulisan tersebut adalah bersifat membina yang perlu dijadikan iktibar dan muhasabah.

Respon dan minat pembaca majalah dalam organisasi ini amat memberangsangkan dan mereka membaca dengan dada terbuka demi kesinambungan organisasi benteng pertahanan negara yang disayangi.

Dengan penerbitan yang semakin canggih jika dibandingkan dengan zaman gambar-gambar hitam putih dalam tahun 1960-an, kehadiran Berita Udara 2012 dengan wajah yang anggun dan grafik yang tersusun menarik menjadikan penerbitan TUDM ini sebagai penerbitan yang menggamit selera audien.

Berita Udara diedarkan ke seluruh pangkalan TUDM di samping kakitangan kedutaan Malaysia di luar negara yang menempatkan atase pertahanan dan juga institusi pengajian tinggi di dalam negara untuk memperkenalkan sumbangan dan pernan yang dimainkan oleh TUDM dalam bidang pertahanan.

Berita Udara turut diedarkan ke daerah perang yang menempatkan anggota TUDM yang berkhidmat di bawah panji-panji Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti di Namibia, Kemboja, Somalia dan Bosnia-Hezergovina. Sebagai sumber maklumat untuk seluruh anggota TUDM, ia melaporkan aktiviti yang dilakukan oleh warga TUDM yang berkhidmat di seluruh daerah konflik alami yang menjadi keprihatinan TUDM sebagai salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di peringkat global.

Membaca Berita Udara bermakna membaca sejarah TUDM kerana setiap peristiwa yang berlaku di dalam organisasi akan dicatakan dan banyak perkembangan yang telah berlaku sepanjang penerbitannya sejak 1981. Pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku baik daripada segi keanggotaan dan aset yang terus dipertingkatkan sepanjang empat dekad dilaporkan dan ia menjadi sumber rujukan di Muzium TUDM dan Perpustakaan Negara.

Sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat dan zaman internet Berita Udara juga turut diterbitkan melalui edisi internet yang boleh dilayari dan ia menjadi sumber maklumat yang bukan sehaja kaepada warga TUDM sahaja bahkan masyarakat dunia tentera juga dapat menghayati mengetahui apa yang dilakukan oleh TUDM untuk pembangunan negara.

Aktiviti-aktiviti kebajikan dan juga jiwa murni dan juga tugas komuniti seperti penerbangan ihsan untuk membawa pesakit dengan menggunakan pesawat TUDM diberi liputan sebagai sumbang bakti yang dilakukan oleh TUDM untuk maslahat rakyat.

Berita Udara akan terus menjadi saluran maklumat kepada warga TUDM dan ia juga dimanfaatkan untuk sumber rujukan generasi akan datang mengetahui sumbangan TUDM yang bukan sahaja sebagai benteng pertahanan udara tetapi juga kepada sebagai organisasi yang prihatin dengan masyarakat awam.

Ia akan terus menjadi saluran bagi pihak kepimpinan menyalurkan amanat kepada seluruh warga TUDM dan ia akan terus menjadi wadah komuniaksi dengan aspirasi menjadikan TUDM sebagai angkatan yang unggul di dalam ATM.